Filem pendek SG 'Buah' raih pengiktirafan tertinggi di ShortFest Palm Springs International
Anggaran Waktu Membaca:
Petikan dari filem pendek Buah yang menampilkan pelakon wanita, Tysha Khan. (Gambar: Buah)
SINGAPURA: Filem pendek dari Singapura yang berjudul 'Buah', merangkul anugerah 'Best of Festival' di majlis anugerah ShortFest Palm Springs International tahun ini - iaitu pengiktirafan tertinggi di pesta filem pendek terkemuka tersebut.
Pesta itu berlangsung dari 23 hingga 29 Jun di California dan ia menampilkan beratus-ratus filem pendek dari lebih 60 negara.
Filem pendek itu mengisahkan tentang seorang wanita hamil, Siti (lakonan Tysha Khan), yang tidak bersedia menjadi seorang ibu dan cuba sedaya upaya untuk menggugurkan kandungannya.
Apabila beliau bertemu dengan seorang pemandu bas wanita, yang sebenarnya sebuah entiti rohani (spiritual entity), Siti menyedari bahawa satu-satunya jalan keluar daripada situasinya adalah untuk menjadi entiti tersebut.
Ditulis dan diarahkan oleh Jen Nee Lim dan diterbitkan oleh Lee Ke Ning, filem pendek 'Buah' ditayangkan buat kali pertama di Pesta Filem Antarabangsa Busan ke-30 pada 2025.
Sejak itu, filem itu dipilih secara rasmi oleh 18 pesta filem antarabangsa di Asia, Eropah, Amerika Utara dan Afrika, termasuk Pesta Filem Sundance yang berprestij.
Kemenangan terkini Buah menambah kepada koleksi kemenangan filem pendek itu, yang termasuk Hadiah Juri Khas Antarabangsa di Pesta Filem Pendek Antarabangsa Clermont-Ferrand ke-48 dan Persembahan Terbaik dalam Pertandingan Filem Pendek Asia Tenggara bagi pelakon utama Tysha Khan di Pesta Filem Antarabangsa Singapura ke-36.
Ia juga layak diserahkan untuk pertimbangan dalam kategori Filem Pendek Aksi Langsung dalam Anugerah Akademi.
Dalam satu kenyataan, pengarah filem Jen Nee Lim berkata: "Idea awal filem ini berkembang menjadi hasil akhir yang kita lihat sekarang, berkat kasih sayang dan usaha gigih seluruh barisan pelakon dan kru, serta orang ramai yang percaya terhadap kebolehan kami. (Saya) sangat gembira kerana dapat berkongsi secebis cerita rakyat Singapura bersama seluruh dunia."
Penerbit Lee Ke Ning menambah: "Anugerah ini sangat bermakna untuk kita, tetapi apa yang kekal bersama kita sepanjang perjalanan ini adalah menyaksikan para penonton daripada setiap latar belakang dapat memahami Siti dan terus bercakap tentang filem itu."

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.