Fiesta Sukan Sekolah himpun pelajar dari 16 sekolah dengan latar belakang berbeza
Anggaran Waktu Membaca:
Latihan bola sepak di Sekolah Sukan Singapura. (Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Acara baharu Fiesta Sukan Sekolah akan dilancarkan bulan depan sebagai sebahagian daripada program rintis yang bertujuan menghimpunkan pelajar daripada latar belakang berbeza melalui sukan, kata Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, David Neo, di parlimen pada Khamis (25 Sep).
Inisiatif itu akan mula dengan 16 sekolah dari tiga kumpulan, melibatkan kedua-dua sekolah rendah dan sekolah menengah.
Ia merupakan sebahagian daripada usaha lebih meluas oleh Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dan Kementerian Pendidikan (MOE) untuk memperluaskan pertandingan sukan di peringkat kumpulan dan memupuk integrasi sosial yang lebih kukuh dalam kalangan belia.
Bercakap pada hari keempat perbahasan berhubung Ucapan Presiden, Encik Neo berkata perpaduan Singapura akan “diuji dalam dunia yang sudah berubah”.
Beliau merujuk kepada ucapan Perdana Menteri Lawrence Wong pada Rabu, di mana Encik Wong menyatakan kebimbangan bahawa lebih separuh daripada belia Singapura berkata bahawa kebanyakan daripada rakan mereka adalah daripada kumpulan dengan sosioekonomi atau kaum yang sama.
“Kita perlu mengalu-alukan individu daripada semua latar belakang, supaya kita tahu bagaimana rasanya berada di tempat mereka,” kata Encik Neo, sambil menambah bahawa tumpuan khusus perlu diberikan kepada golongan belia.
Beliau merujuk kepada Tinjauan Belia Nasional 2022 yang menunjukkan bahawa peratusan belia tanpa rakan karib naik seganda daripada empat kepada lapan peratus dalam tempoh sedekad.
Encik Neo, yang juga Menteri Negara Kanan Pendidikan, menambah bahawa kita harus “memanfaatkan bahasa sejagat sukan, seni dan warisan” untuk membina ikatan dalam kalangan belia.
Beliau memberi contoh bagaimana Sekolah Menengah Methodist Girls’, Boon Lay dan Westwood membentuk satu pasukan bola sepak, memandangkan dua daripadanya, iaitu Sekolah Menengah Boon Lay dan Westwood, tidak mempunyai cukup pemain.
Di bawah Program Akademi Bola Sepak Sekolah, mereka berlatih bersama-sama tiga kali seminggu dan berjaya meraih kejuaraan pertama mereka di Sukan Sekolah Kebangsaan bulan lalu.
“Kumpulan pelajar perempuan itu membuktikan bahawa di padang bola, dengan matlamat yang sama, lencana sekolah tidak menjadi penghalang.
"Mereka menjadi satu 'kumpulan', dan ‘kumpulan’ itu berjaya mencapai impian yang dikejar mereka,” kata beliau.
PENGIKTIRAFAN BAGI SUKAN
Dalam ucapannya, Encik Neo berkata beliau menerima soalan tentang mengapa sesetengah sukan tidak diiktiraf dalam Anugerah 'Colours' Majlis Sukan Sekolah Singapura (SSSC), yang mengiktiraf pencapaian sukan dan semangat kesukanan para pelajar dalam pertandingan.
Oleh itu, bilangan sukan yang layak untuk anugerah tersebut akan meningkat lebih seganda bermula tahun ini.
Para pelajar yang mewakili Singapura dalam sukan terjun air, tchoukball, sukan panjat dan 33 sukan tambahan lain kini layak menerima anugerah itu, katanya, sambil menambah bahawa MOE akan berkongsi maklumat lanjut dalam masa terdekat.
Encik Neo menambah bahawa pihak berkuasa akan melakukan lebih banyak usaha untuk menjadikan seni sebagai satu lagi wadah untuk menyatukan belia, terutamanya melalui bentuk seni pelbagai budaya.
Beliau memberi contoh pementasan 'Tempest and Tranquillity' oleh Persatuan Muzikal Siong Leng, dengan kerjasama penerima Anugerah Artis Muda, Nawaz Mirajkar, seorang pemain tabla.
Majlis Seni Kebangsaan (NAC), dengan sokongan Cabaran Presiden, akan memperkenalkan inisiatif baharu bagi memberi “dorongan tambahan bagi pembangunan usaha silang budaya seperti ini,” kata beliau.
Encik Neo turut menambah bahawa pemerintah sudah meningkatkan jumlah ruang dan kemudahan seni yang tersedia bagi kumpulan seni pada kadar hampir 35 peratus antara 2010 hingga 2020.
Kini terdapat hampir 100,000 meter persegi ruang seni untuk menyokong kumpulan-kumpulan seni.
Kumpulan-kumpulan seni juga sudah menggandakan aktiviti persembahan mereka kepada hampir 13,000, tambah beliau.
Encik Neo menggulung ucapannya dengan mengulangi konsep "masyarakat diutamakan bukan individu" yang disebut oleh Encik Wong semasa Rapat Umum Hari Kebangsaan.
“Setiap orang mesti memainkan peranan dalam membina Singapura di mana ‘masyarakat diutamakan’, tidak kira bagi individu, kumpulan masyarakat atau syarikat. Dan kita mahu memupuk pemikiran ini dalam kalangan belia kita,” kata beliau.

Sumber : CNA/AZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.