Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

FFFA jual patung beruang S$50 demi kumpul dana bantu keluarga memerlukan

Badan kebajikan Free Food For All (FFFA) melancarkan penjualan patung beruang bagi mengumpul dana bantuan makanan bagi menyokong para individu dan keluarga-keluarga yang memerlukan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Badan kebajikan Free Food For All (FFFA) melancarkan penjualan patung beruang bagi mengumpul dana bantuan makanan bagi menyokong para individu dan keluarga-keluarga yang memerlukan.

Demikian menurut FFFA dalam kenyataan medianya hari ini (1 Feb).

Direka khas oleh FFFA, patung beruang itu juga merupakan versi kecil maskot badan amal tersebut.

Patung-patung beruang itu dijual mulai hari ini sehingga 13 Februari pada harga S$50 setiap satu.

Lebih menarik lagi, 200 pembeli pertama akan menerima patung beruang dan sebuah beg denim eksklusif, hasil kerjasama FFFA dengan Commenhers, iaitu sebuah perusahaan sosial tempatan yang bergiat aktif dalam fesyen mampan.

Orang ramai boleh memilih untuk mengambil sendiri patung beruang tempahan mereka di pejabat FFFA atau melalui penghantaran ke rumah dengan bayaran tambahan.

Patung beruang itu mempunyai persamaan yang kuat dengan pengasas FFFA, Encik Nizar Shariff, yang menubuhkan badan kebajikan itu pada 2014.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, FFFA telah membantu ramai orang tetapi ia tetap berpegang teguh kepada komitmennya yang mengutamakan keselamatan makanan dan memastikan tiada satu pun keluarga yang tidak mendapat akses kepada hidangan makanan yang berkhasiat.

Pada 2022, FFFA telah menyalurkan bantuan makanan kepada lebih 7,300 penerima bantuan.

Badan amal itu juga mengagihkan 38,600 hidangan dan lebih 110,000 kantung makanan siap makan, yang memberi akses individu dan keluarga terjejas kepada hidangan tempatan terutama sekali golongan warga emas dan individu yang mengalami isu pergerakan dan tidak berdaya untuk memasak.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan