Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

FFA agih set makanan, lancar mesin layan diri ayam beku sempena Hari Kebaikan Sedunia

Anggaran Waktu Membaca:
FFA agih set makanan, lancar mesin layan diri ayam beku sempena Hari Kebaikan Sedunia

Gambar: Rozlin Bte Farid Vanzandt/ Free Food for All

SINGAPURA: Sempena sambutan Hari Kebaikan Sedunia yang jatuh pada 13 November 2022, badan amal Free Food for All, akan menyebarkan kebaikan melalui dua acara utama dengan harapan untuk membentuk masyarakat yang lebih penyayang.

Acara itu turut disokong Kelab Masyarakat Chong Pang.

Free Food for All melancarkan mesin layan diri bagi ayam beku siap masak di Blok 162, Yishun Street 11 pada Sabtu (5 Nov) buat penduduk di sana.

Keluarga berpendapatan rendah dan warga emas boleh menjangkakan kemudahan mendapatkan ayam beku yang sudah diperap daripada mesin layan diri di bawah blok mereka.

Ia akan melengkapi kemudahan peti sejuk masyarakat yang dilancarkan di blok yang sama dua tahun lalu.

Buat permulaan, 150 keluarga akan menerima kad prabayar yang membolehkan mereka untuk membeli ayam daripada mesin berkenaan.

Tujuannya untuk memperkasa golongan yang memerlukan dengan menawarkan mereka pilihan untuk mendapat makanan berkhasiat pada bila-bila masa.

Turut hadir di acara pelancarannya ialah Penasihat Kawasan Undi GRC Nee Soon, Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.

Pada minggu depan pula, FFA akan mengagihkan bento halal di 3015 Bedok North Street 5, antara pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Free Food for All bekerjasama dengan pembekal makanan, CP Foods, untuk menyiapkan bento halal yang berasaskan tumbuhan itu.

Sehingga 10,000 hidangan yang dimasak dalam tiga cara berbeza (Barat, Cina dan India) akan diagihkan dari sebuah dapur pusat kepada keluarga berpendapatan rendah, warga emas dan kanak-kanak di rumah kebajikan.

Set makanan itu juga akan diagihkan kepada pekerja penjagaan kesihatan dan pekerja hijrahan atas pengorbanan dan cabaran yang mereka tempuhi semasa pandemik COVID-19.
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan