Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Festival Teroka Raya MHC tarik lebih 2,300 pengunjung

Anggaran Waktu Membaca:
Festival Teroka Raya MHC tarik lebih 2,300 pengunjung

70% pengunjung bukan Melayu meneroka adat resam, kraf tangan tradisional dan juadah lazat alam Melayu Nusantara. (Gambar: BERITA Mediacorp)

SINGAPURA: Pengunjung daripada pelbagai bangsa berpeluang menikmati kekayaan budaya dunia Melayu melalui Festival Teroka Raya 2025 yang diadakan di Pusat Warisan India pada Sabtu (26 Apr).

Acara itu menarik lebih daripada 2,300 pengunjung, dengan 70 peratus daripadanya golongan bukan Melayu.

Festival itu menampilkan pelbagai program menarik yang mengupas adat resam, kraf tangan tradisional, dan juadah lazat dari dunia Melayu.

 
Pelbagai kegiatan imersif, permainan dan pameran member pengalaman pengunjung menikmati kekayaan budaya dunia Melayu. (Gambar: BERITA Mediacorp)

Para pengunjung berpeluang menikmati pameran interaktif, persembahan budaya, serta melibatkan diri dalam aktiviti yang mengajak mereka untuk menghargai warisan yang dikongsi bukan sahaja di Singapura, tetapi juga di seluruh Nusantara.

PELBAGAI KEGIATAN IMERSIF MENARIK PERHATIAN PENGUNJUNG

Festival tersebut menawarkan pengalaman imersif melalui pelbagai aktiviti seperti permainan tradisional, pameran interaktif, dan bengkel yang mengajak pengunjung mencuba sendiri warisan budaya Melayu.

Di antaranya, permainan tradisional seperti congkak yang diberi sentuhan kontemporari dan bengkel praktikal seperti cara memakai kain sarong batik

Teroka Raya oleh MHC tarik lebih 2,300 pengunjung berbilang bangsa. (Gambar: BERITA Mediacorp)
Para pengunjung juga dapat menjelajah Fitri Fiesta, bazar budaya yang mempamerkan tradisi Hari Raya dari pelbagai komuniti Muslim, serta Pameran Pop-Up Hari Raya yang memberikan pandangan mendalam tentang adat perayaan.

Encik Mohamed Hafiz Shariff, Pengurus Besar Taman Warisan Melayu, berkata, "Tema Teroka Raya bertujuan untuk mengajak semua orang memahami bagaimana Aidilfitri disambut, kraf seni yang ditampilkan, dan juadah yang dihidangkan semasa Lebaran. Inilah yang menghubungkan warisan Nusantara kita."

Tambahnya, "Tema ini sebenarnya sangat sesuai dengan rancangan pembukaan-semula MHC pada April 2026 iaitu untuk mencipta dan mengembangkan hubungan dengan Nusantara, sambil mengekalkan keunikan dan identiti Melayu Singapura kita. Kami juga menampilkan rakan-rakan kerjasama rantau seperti Sekolah Indonesia Singapura dan Persatuan Rakyat Malaysia di Singapura atau lebih dikenali sebagai MASIS."
Alas gelas motif songket ini antara kegiatan yang dapat dibawa pulang sebagai cenderahati secara percuma di acara Teroka Raya Taman Warisan Melayu (MHC). (Gambar: BERITA Mediacorp)
Bengkel-bengkel berbayar juga tersedia seperti Syawal Swirls, Pesta Inai dan Mari Berkain, yakni Bengkel Fabrik dan Gaya Melayu, yang menyerlahkan kehalusan seni kraf dari Nusantara.

Salah seorang yang menjalankan Bengkel Mari Berkain, Encik Sufiyanto Amat Supingi dari Kebaya Societe, berkongsi, "Kebaya Societe mengenengahkan busana Melayu lelaki dan di bengkel ini, kami memperkenalkan jenis-jenis kain dan juga cara ikat dan juga gaya pakai kain samping yang tradisional dan juga kontemporari. Jadi, mereka boleh menambahkan lagi gaya ini untuk pakaian seharian. Kain samping adalah salah satu warisan budaya Melayu dan mungkin ramai yang tidak ingat, terlupa atau agak kekok bila memakai kain samping. Jadi di bengkel ini kami ajarkan, supaya generasi muda khususnya akan lebih tertarik memakai busana Melayu."
Antara reruai yang mempamerkan juadah dan seni budaya Raya komuniti India Muslim. (Gambar: BERITA Mediacorp)
Selain acara fizikal, MHC juga menyediakan inisiatif digital yang mempamerkan adat menyambut Raya, pakaian Hari Raya, dan warisan kulinari Nusantara.

Inisiatif itu telah mendapat sambutan positif dari masyarakat dalam talian.
Sumber : BERITA Mediacorp/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan