Festival Taman SG 2025 tampilkan jenis orkid hibrid baharu & langka
Anggaran Waktu Membaca:
"Ghost Orchid" yang akan dipamerkan di Singapura buat kali pertama. (Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Buat julung-julung kalinya, Festival Taman Singapura akan menampilkan jenis bunga orkid hibrid yang baharu dan jarang sekali ditemui.
Acara tahun ini adalah edisi keduanya sejak 2018.
Ia akan berlangsung dari 19 Julai hingga 27 Julai di Kebun Bunga Singapura.
Pertunjukan Orkid kali ini akan mempunyai ciri pertandingan, selain merupakan pameran yang dibuka kepada orang ramai.
Antara sorotan kali ini termasuk sebuah jenis orkid kacukan, yang masih belum dinamakan lagi.
Sebuah jenis orkid langka yang dinamakan "Ghost Orchid" yang berwarna putih juga akan dipamerkan di Singapura buat kali pertama.
Sempena ulang tahun Singapura yang ke-60, anda juga berpeluang untuk melihat beberapa jenis orkid yang bersejarah lagi bermakna bagi Singapura seperti Vanda Miss Joaqium.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.