Festival 'Shaping Hearts' diperluas ke 2 lokasi di pusat bandar bagi pupuk masyarakat inklusif
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Festival seni inklusif terbesar Singapura diperluaskan ke dua lokasi baharu di pusat bandar tahun ini - Taman di Pesisiran dan Stesen MRT Bayfront.
Acara 'Shaping Hearts' anjuran Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Timur Laut, bakal mempamerkan lebih 700 hasil karya golongan artis kurang upaya.
Dalam penglibatan pertama beliau dalam acara besar-besaran sebagai Datuk Bandar CDC tersebut, Encik Baey Yam Keng berkata setiap orang boleh memainkan peranan untuk menjadikan Singapura lebih inklusif.
"Inilah ruang di mana kami sediakan peluang untuk orang kurang upaya mempamerkan bakat dalam seni, serta untuk pihak berkepentingan awam, penaja korporat, bersatu dalam usaha bersama menjadikan Singapura lebih inklusif.
"Yang paling penting, tempat seperti Taman di Pesisiran, di kawasan dengan trafik tinggi di stesen MRT - supaya pelawat dan rakyat dapat melihat daya tahan masyarakat ini," katanya.
Salah satu tema tahun ini berkisar tentang kota taman, sempena sambutan ulang tahun ke-60 negara.
Pameran itu akan bergerak ke empat lokasi, termasuk Punggol dan Tampines,
sebelum berakhir pada 28 September.
Lebih 200 artis turut menyumbangkan karya mereka.

Sumber : CNA/IQ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.