Festival SG Palestin raih S$108,250, sumbang dana kepada Persatuan Palang Merah SG
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Nurfazirah Azman)
SINGAPURA: Dana berjumlah S$108,250 hasil kutipan dana acara Festival Filem Singapura Palestin 2024 diserahkan kepada Persatuan Palang Merah Singapura pada Jumaat (26 Jan).
Dana itu akan disalurkan sepenuhnya bagi bantuan kemanusiaan dan pemulihan yang dijalankan oleh rakan-rakan gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah di Gaza.

SUMBANGAN DANA MELEBIHI SASARAN
Acara yang berlangsung dari 12 hingga 21 Januari lalu itu dianjurkan oleh empat individu, Zaris Azira, Sofhian Jaafar, Zaris Sofia Amran dan Idayu Chuni.
Salah seorang penganjurnya, Zaris Azira berkongsi dengan wartawan Nurfazirah Azman bahawa kesemua 4,159 tiket habis terjual.
"Sasaran kami adalah S$100,000 apabila kami baru mulakan, ia kini S$108,250 disebabkan lelongan lukisan kami yang berakhir semalam (25 Jan). Alhamdulillah kami gembira dapat mencapai sasaran kami," kata Cik Azira.
Lukisan yang merupakan hasil karya seorang pelukis dari Palestin itu disumbangkan oleh Anggota Parlimen, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.
"Majoriti adalah daripada penjualan tiket, sekitar S$80,000 dan kami juga menerima sumbangan daripada hasil penjualan di gerai-gerai. Selain itu juga dari penjualan barangan seperti baju dan juga pelekat," tambah Cik Azira.

PERMINTAAN UNTUK ADAKAN LEBIH BANYAK ACARA SERUPA
Seorang lagi penganjur acara, Encik Sofhian Jaafar mengutuskan rasa syukur kerana dapat menepati sasaran dan terharu dengan sokongan masyarakat bagi acara berkenaan.
"Saya sangat berbesar hati kerana orang ramai bersama untuk membantu dalam acara amal ini dan kami sagat teruja dengan sokongan yang dberikan.
"Saya rasa warga Singapura inginkan sebuah platform dan ruang untuk menunjukkan perpaduan. Kami gembira dapat menyumbang kepada tujuan ini. Selepas acara itu, ramai orang mendekati kami dan menyarankan untuk adakan lebih banyak tayangan filem," kata Encik Sofhian.
Ditanya jika ada perancangan atau acara seterusnya tahun ini, para penganjur menerangkan akan terus memberi sokongan kepada acara-acara perpaduan Palestin dan Gaza.

PALANG MERAH SG SEDIAKAN BANTUAN IKUT KEPERLUAN
Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Palang Merah Singapura, Benjamin J William menyambut baik usaha kumpulan pihak ketiga seperti mereka, dalam pengumpulan dana.
"Kami sangat mengalu-alukan dan gembira melihat kumpulan-kumpulan datang dan sangat berminat untuk bekerjasama dalam tujuan amal ini. Kumpulan ini sangat bersemangat dan dinamik. " kata Encik Benjamin.
Beliau menjelaskan bahawa jenis bantuan yang akan dihulurkan bergantung kepada apa yang penting pada masa itu.
"Kami akan bekerja rapat dengan Bulan Sabit Merah Mesir dan bertanya bila kami boleh memindahkan dana, membeli bekalan, dan apakah bekalan yang diperlukan. Ini disebabkan pada masa yang berbeza perkara yang berbeza mungkin paling diperlukan.
"Jadi pada masa tertentu, mungkin bekalan makanan berkurangan. Jadi bekalan makanan menjadi keutamaan. Dalam masa satu minggu, keperluan mungkin mendesak dalam perkara lain jadi trak tersebut akan mendapat keutamaan. Jadi ia adalah keadaan yang sangat fleksibel," kongsi Encik Benjamin.
Beliau turut mendedahkan dalam bulan-bulan mendatang akan menghantarkan sebuah pasukan perubatan tapi bergantung kepada keadaan.
"Bila tiba masanya, kami mungkin dapat menghantarkan sebuah kumpulan perubatan. Kami sudah aktifkan pasukan sukarelawan dan menyuruh mereka untuk bersiap sedia. Kami juga sudah menyediakan SOP di mana jika para doktor dan jururawat sudah menerima lampu hijau, mereka boleh sertai bantuan. Namun sekarang ia belum boleh dilakukan," kata Encik Benjamin.
Minggu lalu, Persatuan Palang Merah Singapura juga terlibat sama dalam sebuah misi kemanusiaan dan menghantar barangan-barangan keperluan seperti penapis air ke Gaza.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.