Festival QuranSG bakal berlangsung dari 28 hingga 30 Jul ini
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Majlis Tilawah & Tahfiz Al-Quran Singapura/Facebook)
SINGAPURA: Gerakan SalamSG (SSGM) akan mengadakan Festival QuranSG dari 28 hingga 30 Julai ini dengan kerjasama Pejabat Mufti, menurut kenyataan medianya pada Khamis (20 Jul).
Sepanjang tiga hari, Festival QuranSG yang berlangsung di Masjid Sultan itu akan menawarkan pelbagai kegiatan bagi pengunjung mendalami ilmu serta meningkatkan pemahaman dan penghargaan terhadap al-Quran.
Festival itu akan merangkumi pameran dan penjelasan penting mengenai Mushaf Singapura, iaitu kitab al-Quran yang diterbitkan sendiri di Singapura oleh klinik al-Quran Darul Quran Singapore dengan kerjasama para asatizah bertauliah dan kaligrafi Art of Quranic.
Festival QuranSG diadakan sempena peringkat akhir Majlis Tilawah & Tahfiz Al-Quran (MTTQ), dan sebahagian daripada kempen baharu SSGM.
Kempen QuranSG adalah inisiatif baharu oleh SSGM bagi memberi inspirasi kepada masyarakat untuk menerima panduan rohani dengan menghadiri acara dan program berlandaskan al-Quran yang dianjurkan masjid-masjid dan Pusat serta Penyedia Pendidikan Islam (ICEP).
Sebagai sebahagian daripada kempen itu, Pameran Bergerak QuranSG dan Festival QuranSG sudahpun dijalankan di pelbagai masjid merata Singapura sejak bulan Jun.
Ini diadakan dengan tujuan untuk mengenali dengan lebih rapat seni tilawah oleh qari yang pernah memenangi atau menyertai MTTQ3.
Lima FestivalQuranSG dijalankan di masjid-masjid bagi pusingan-pusingan kelayakan MTTQ4 sebelum ini.
Peringkat akhir Kempen QuranSG akan diadakan sepanjang tiga hari tersebut.
Acara tiga hari itu akan dimulakan dengan ceramah bertajuk "From Pages to Hearts: Embracing the Quran in Daily Life" yang menampilkan cendekiawan dan penulis aplikasi popular menghafaz al-Quran, The Majestic Quran, Dr Musharraf Hussain, dengan Ustaz Mizi Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Safinah Institute.
Semua tiket sudahpun habis dijual.
Peringkat akhir yang akan menampilkan para peserta dari semua kategori - kanak-kanak, belia dan dewasa lelaki serta dewasa wanita - akan diserikan dengan kehadiran Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar Maliki Osman sebagai tetamu terhormat.

Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.