Festival Dikir SG ajak pengunjung selami seni, renung cara lestari khazanah bangsa
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Aqil Ezat)
SINGAPURA: Dikir barat acap kali dinikmati menerusi persembahannya yang disulami seni kata yang bersahaja tetapi 'tajam', mahupun rentak yang mampu terus mencuri tumpuan penonton. Malangnya, jarang seni ini diselami secara mendalam.
Bilakah kali terakhir masyarakat diajak untuk benar-benar merenung bagaimana kita dapat memelihara warisan budaya ini, sambil membolehkannya berkembang dengan cara yang segar dan relevan?

Wisma Geylang Serai dan Serumpun Dikir SG bagaimanapun berusaha mengisi jurang ini. Pada Sabtu (28 Jun), mereka menganjurkan Festival Dikir Singapura.
Acara yang dianjurkan buat julung-julung kalinya itu bukan sahaja menampilkan beberapa persembahan, malah turut menyediakan platform perbincangan melalui pelbagai bengkel dan sesi dialog.

Acara tersebut turut dihadiri Pemangku Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Faishal Ibrahim yang menekankan bahawa "dikir barat bukan sekadar persembahan, tetapi satu khazanah bangsa yang amat bernilai".
"Saya percaya semua yang turut serta dalam Festival Dikir Singapura hari ini, membawa satu tekad iaitu mahu melihat seni Dikir Barat terus malar segar dalam masyarakat kita."
"Festival ini berharap dapat memberikan pengiktirafan yang sewajarnya – bukan hanya sebagai ekspresi seni dan budaya, tetapi juga sebagai satu penekanan terhadap dimensi sejarah, sosial, dan intelektual," kata Dr Faishal yang juga merupakan Penasihat Utama Wisma Geylang Serai.
"Ini amat penting dalam usaha melestarikan seni Dikir Barat – melangkaui aspek persembahan dan pertandingan semata, lebih-lebih lagi dalam masyarakat kontemporari dan majmuk seperti Singapura," tambahnya lagi.
JURNAL DIKIR SINGAPURA DILANCARKAN
Di festival yang sama, satu jurnal yang mengkaji lebih mendalam tentang amalan budaya dan elemen dikir di Singapura, turut dilancarkan.
‘Serumpun Jurnal Dikir Singapura’ bertujuan memperhebat perbincangan mengenai budaya dikir dengan lebih mendalam, menjangkau aspek sejarah, sosial dan intelek.
Usaha itu menyumbang kepada pemeliharaan dikir sebagai warisan budaya dan mempromosikan seni itu dalam masyarakat kontemporari di Singapura.

Festival Dikir Singapura merupakan sebahagian daripada sambutan SG60 Bersama. Orang ramai dapat menikmati semua dialog dan bengkel seperti 'Ragam Bercerita' dalam persembahan dikir, secara percuma.
Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.