Feri dari Batam ke SG berlanggar dengan kapal tangki
Sebuah feri dalam perjalanan dari Batam ke Singapura berlanggar dengan sebuah kapal tangki berhampiran Kepulauan Selatan pada Isnin (10 Nov).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah feri dalam perjalanan dari Batam ke Singapura berlanggar dengan sebuah kapal tangki berhampiran Kepulauan Selatan pada Isnin (10 Nov).
Feri penumpang berdaftar Singapura, Horizon 9, dan kapal tangki berdaftar Kepulauan Marshall, La Digue, berlanggar pada pukul 5.00 petang semasa feri tersebut dalam perjalanan ke HarbourFront Centre.
Sebuah kapal peronda Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dikerahkan dengan serta-merta untuk mengiringi dan memberi panduan kepada feri tersebut untuk ke Singapura, menurut kenyataan pihak berkuasa tersebut pada Selasa.
Kesemua 165 penumpang dan tujuh anak kapal feri itu selamat turun di terminal feri di HarbourFront Centre.
Menurut MPA, feri itu mengalami kerosakan kecil pada bahagian depannya, tetapi ia masih mampu beroperasi sepenuhnya sepanjang perjalanan ke Singapura. Kapal tangki berkenaan tidak melaporkan sebarang kerosakan.
“Tiada laporan tentang kecederaan yang dialami penumpang dan anak kapal, atau kesan pencemaran akibat kejadian itu. Tiada juga kesan terhadap laluan perkapalan atau operasi pelabuhan,” tambah MPA.
MPA memaklumkan ia sedang menyiasat kejadian tersebut.
Dalam sebuah video yang dimuat naik oleh seorang penumpang feri di media sosial, kapal tangki itu dilihat melintasi bahagian hadapan feri pada jarak yang sangat dekat.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.