Skip to main content

Singapura

Fenomena 'Supermoon Strawberi' dapat dilihat di S'pura

Anggaran Waktu Membaca:
Fenomena 'Supermoon Strawberi' dapat dilihat di S'pura

Gambar: AFP/Roslan Rahman

Diterbitkan : 14 Jun 2022 11:02PM

SINGAPURA: 'Supermoon Strawberi' dilihat di Singapura pada Selasa malam (14 Jun), dengan beberapa penduduk berkongsi gambar pemandangan cakerawala yang luar biasa itu.

Menurut NASA, istilah 'supermoon' merujuk kepada kejadian di mana bulan yang mengambang berada pada jarak terdekatnya dengan bumi, mengakibatkannya kelihatan lebih besar daripada bulan-bulan mengambang yang lain. 

'Bulan Strawberi' pula adalah bulan penuh yang berlaku semasa penuaian strawberi. 

NASA menambah bulan tersebut juga dikenali sebagai bulan mead, bulan madu ataupun bulan ros di Eropah.

Fenomena 'Supermoon' hanya berlaku tiga hingga empat kali dalam masa setahun, menurut data NASA. 

'Supermoon' juga kelihatan kira-kira 17 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih terang daripada bulan paling samar dalam tempoh setahun.

Sesetengah anggota kumpulan Facebook "Stargazing Singapore" turut mengongsikan gambar fenomena tersebut yang dipetik pada kira-kira pukul 7.30 malam tadi (14 Jun). 

Pengguna Facebook, Carmen Chin, berpeluang melihat 'Supermoon Strawberi' itu di Taman East Coast.

Pentadbir kumpulan Facebook tersebut, Gerardyn Britto,  mengatakan bahawa bulan akan berada pada pencahayaan penuh pada pukul 7.51 malam. Bulan itu juga ia akan berada di arah tenggara.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita