Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Fenomena barisan 5 planet serentak minggu ini

Anggaran Waktu Membaca:
Fenomena barisan 5 planet serentak minggu ini

(Gambar: Matias Delacroix/AP)

Diterbitkan : 28 Mar 2023 10:40PM Dikemas Kini : 28 Mar 2023 10:41PM

NEW YORK: Jangan terlepaskan peluang minggu ini untuk melihat satu susunan  planet yang indah  melibatkan Musytari, Marikh, Utarid, Uranus dan Zuhrah berhimpun sederet dekat dengan bulan.

DI MANA DAN BILA BOLEH MELIHATNYA?

Menurut Vito Technology, pemaju di sebalik aplikasi astronomi Star Walk, Selasa (28 Mac)  menjadi hari terbaik untuk melihat semua planet tersebut.

Namun, masa untuk melihat paparan penuh cakerawala itu adalah terhad.

Di Singapura, matahari terbenam pada 7.13 malam manakala Musytari dan Utarid berada di bawah ufuk hanya 40 minit kemudian, menurut data dari laman web Time dan Date.

Peminat astronomi tempatan,  berkata Uranus mungkin tidak dapat dilihat dengan mata kasar, manakala Utarid dan Musytari mungkin terlalu rendah di ufuk untuk dilihat.

Planet-planet tersebut akan tersusun pada satu barisan dari garis ufuk hingga ke sekitar separuh keluasan langit malam.

Susunan lima planet itu boleh dilihat dari mana-mana sahaja di Bumi, asalkan langit cerah.

"Itulah keindahan penjajaran planet ini. Ia tidak mengambil banyak masa," kata ahli astronomi NASA, Bill Cooke.

ADAKAH IA BOLEH DILIHAT DENGAN MATA KASAR? 

Musytari, Zuhrah dan Marikh semuanya  mudah dilihat kerana ia bersinar terang, kata Encik Cooke. Zuhrah adalah salah satu planet paling terang di langit, manakala Marikh yang berada dekat dengan bulan mengeluarkan cahaya kemerahan.

Utarid dan Uranus mungkin lebih sukar untuk dikesan, kerana merupakan planet lebih malap. Anda mungkin perlu mengambil sepasang teropong.

Jika anda seorang "pengumpul planet", jangan terlepas peluang ini kerana jarang dapat melihat Uranus, yang biasanya tidak kelihatan, kata Encik Cooke. Uranus akan kelihatan mengeluarkan  cahaya hijau tepat di atas Zuhrah.

ADAKAH FENOMENA INI SERING BERLAKU?

Dari semasa ke semasa berlaku sejumlah dan kumpulan planet yang berbeza tersusun dalam satu barisan di langit. Terdapat barisan lima planet pada Jun lalu dan satu lagi perhimpunan planet akan berlaku pada Jun ini.

Penjajaran jenis ini berlaku apabila orbit planet menyusunnya pada satu sisi matahari dari perspektif Bumi, kata Encik Cooke.

Sumber : AP/CNA/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan