FDPA akan pertingkat kerjasama; bina keupayaan dalam bidang bukan konvensional
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Untuk menghadapi cabaran keselamatan yang terus berubah-ubah, lima negara anggota Persetujuan Pertahanan Lima Negara (FPDA) mahu meningkatkan lagi kerjasama dan membina keupayaan dalam bidang-bidang bukan konvensional.
Ini termasuk keselamatan siber, usaha memerangi pengganasan dan keselamatan maritim.
Dianggotai Singapura, Malaysia, Australia, New Zealand dan UK,para menteri pertahanan FPDA mengadakan perbincangan dalam satu pertemuan sarapan atas undangan Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen.
Ia diadakan sebagai pertemuan sampingan sempena Dialog Shangri-La.
Mereka juga membincangkan cara-cara untuk mengukuhkan lagi nilai operasi latihan-latihan dalam bidang konvensional.
Sambil menekankan komitmen FPDA terhadap orde berasaskan peraturan, para pemimpin tersebut membincangkan peranannya sebagai tunjang keselamatan dan kestabilan serantau.
"Ada perbincangan untuk meningkatkan lagi tahap latihan. Maklum balas daripada panglima-panglima kami adalah ia sangat berharga dan mereka mahu melakukan lebih banyak lagi. Jadi kami akan menugaskan panglima-panglima kami untuk berbuat demikian," kata Dr Ng.
"Malaysia menganggap FPDA perlu untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau menerusi kerjasama pertahanan bagi menangani cabaran-cabaran keselamatan bukan tradisional yang mendesak," kata Menteri Pertahanan Malaysia Mohamad Hasan.
Berhubung AUKUS pula, iaitu pakatan keselamatan tiga hala di mana Britain dan Amerika Syarikat membantu Australia memperoleh kapal selam berkuasa nuklear, Menteri Pertahanan Australia Richard Marles berkata ia tidak menjejas mana-mana agenda FPDA.
"Bagi kami yang apa kami raih daripada AUKUS adalah keupayaan bagi Australia untuk menyumbang secara lebih besar kepada keamanan dan keselamatan rantau ini, rantau kita, dan dalam memelihara orde global berasaskan peraturan di rantau kita ini," kata Encik Marles.

Sumber : CNA/IA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.