Fayyad Nur Fadhli antara bayi pertama Hari Kebangsaan S'pura ke-57
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH)
SINGAPURA: Hari Kebangsaan tahun ini cukup istimewa bagi Cik Nur Azierah Azman dan suami, Encik Nur Fadhli, kedua-duanya 32 tahun. Tepat 12.00 tengah malam 9 Ogos, mereka menyambut kelahiran anak sulung mereka, Fayyad, di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) dengan berat badan 3.216 kilogram.
"Hari Kebangsaan adalah hari istimewa bagi warga Singapura dan anak saya akan meraikan hari lahirnya bersama-sama dengan warga Singapura dan Singapura! Ini menjadikannya lebih istimewa untuk Fayyad dan kami," ujar Cik Nur Azierah.
Kelahiran Fayyad pada tarikh bersejarah itu merupakan satu kejutan istimewa kerana dia sepatutnya lahir pada 4 Ogos.
"Menjadi bayi yang dilahirkan pada Hari Kebangsaan, terutama sekali tepat 12.00 tengah malam adalah sesuatu yang tidak dijangkakan", tambah beliau.
Pasangan itu dihadiahkan dengan biliknya dinaik taraf ke bilik satu katil oleh KKH, sebuah set mandi yang ditaja Mothercare dan kek berbentuk lampin ditaja oleh Diaper Cake Avenue.
Pusat Perubatan Thomson juga menyambut kelahiran bayi 'Hari Kebangsaan' tepat pada tengah malam tadi.
Bayi lelaki itu merupakan anak kedua kepada pasangan Cik Foo Shuo Qian dan Encik Teo Geng Lun, dilahirkan selamat dengan berat badan 3.245 kilogram.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.