Fauziah Latiff, Mas Anizan, Yasin Senario bakal serikan bazar Ramadan ecoHarmony Fest di Bedok North
Fauziah Latiff, (kanan) Mas Anizan (kiri) bakal serikan bazar Ramadan ecoHarmony Fest di Bedok North. (Gambar: Instagram/ecoHarmony Fest)
Tiga artis tersebut adalah penyanyi terkenal Fauziah Latiff, pelakon era 90-an Mas Anizan dan pelawak Yasin Senario.
Fauziah Latiff dan Mas Anizan juga merupakan pelakon dalam drama Pewaris Cinta siaran Astro Ria.
Sambil beramah mesra dengan peminat, Fauziah Latiff, Mas Anizan dan Yasin Senario juga akan membawa produk-produk jualan masing-masing untuk dijual pada hari itu.
Mas Anizan akan membawa cenderahati dari rangkaian produk beliau Mas Beauty Secret, manakala Fauziah Latiff akan membawa aksesori jenama beliau sendiri Xclusive Accesories by FL.
Satu acara berbuka puasa tertutup bersama ketiga-tiga artis berkenaan juga akan diadakan pada hari yang sama.
Pengarah Program Zell Sazalie dari syarikat Impact Music & Entertainment, sebagai rakan strategik komunikasi acara, berkata: "Selain kita semua menjadikan iftar Ramadan ini sebagai memupuk semangat bersilaturahim, ia juga mengeratkan lagi hubungan dua hala Singapura dan Malaysia dalam acara sebegini dengan adanya pelibatan artis Malaysia ke Singapura bertemu masyarakat dan amnya penduduk di timur Singapura Bedok North ecoHarmony Fest 2024."
Bazar Ramadan ecoHarmony Fest, anjuran Sporteca Ptd Ltd dan Greenspace, bertempat di Bedok North St 3 di tanah lapang berhadapan Blok 131.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.