Fatwa mainkan peranan penting dalam masyarakat harungi peredaran masa
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Rosli Razak)
SINGAPURA: Melalui ajaran dan pemikiran fatwa progresif mereka, pemimpin dan guru, atau asatizah tempatan telah membangunkan individu yang yakin dengan
nilai sosial dan agama yang baik serta selari dengan etos pelbagai agama dan budaya di Singapura.
Demikian menurut Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat dalam ucapannya di majlis pembukaan Muktamar Fatwa 2024 pada Jumaat (2 Feb).
"Asatizah tempatan kami dipandang baik dan mengiktiraf kepentingan bekerjasama dengan Pemerintah dan masyarakat sivil untuk mengukuhkan perpaduan sosial dan menggalakkan kewarganegaraan aktif. Usaha ini telah memupuk umat Islam Singapura sebagai anggota masyarakat yang membina, yakin dan dihormati," kata DPM Heng yang menjadi tetamu terhormat majlis pembukaan persidangan itu.
Beliau menambah bahawa para pemimpin agama Islam tempatan telah juga memainkan peranan penting dalam membimbing masyarakat mengharungi masa yang mencabar, dan dalam menjawab isu-isu kompleks dalam konteks masyarakat berbilang kaum dan agama di Singapura.
Encik Heng memberi contoh bagaimana Jawatankuasa Fatwa yang dipengerusikan Dr Nazirudin Mohd Nasir mencari penyelesaian praktikal bagi menangani keperluan masyarakat
di samping menjaga kesihatan awam dan mencegah penularan virus sewaktu pandemik COVID-19.
Baru-baru ini, para pemimpin agama Islam dan asatizah juga bertindak cepat untuk memberi panduan kepada masyarakat dalam memberi tindak balas secara bermakna dalam konflik di Timur Tengah.
"Usaha pemimpin agama Islam kita untuk memupuk sebuah masyarakat yang bersikap inklusif dan berempati, dan untuk mengukuhkan perpaduan sosial dan agama Singapura telah
menarik perhatian antarabangsa," kata DPM Heng.

Beliau menarik perhatian kepada Anugerah Imam Al-Qarafi - Cemerlang dalam Fatwa yang diterima Singapura dua tahun lalu.
Lebih bermakna lagi, ia menjadikannya masyarakat minoriti Muslim pertama untuk menerima pengiktirafan tersebut.
Anugerah itu mengiktiraf masyarakat Islam Singapura sebagai model yang boleh dicontohi, iaitu bagaimana sebuah masyarakat berbilang agama boleh hidup bersama secara aman dan harmoni sambil mengekalkan identiti mereka sendiri.
"Yang penting, semasa kita meneroka kepentingan institusi seperti fatwa dalam masyarakat masa kini, pemimpin agama Islam di Singapura juga membimbing masyarakat
ke arah penyelesaian baharu yang menangani keperluan sosial dan masyarakat yang semakin berkembang," ujar DPM Heng.
Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli yang ditemui akhir majlis pembukaan persidangan berkata persidangan Muktamar Fatwa 2024 bukan sahaja relevan dan penting untuk masyarakat agama.
Beliau turut berbesar hati persidangan itu turut dihadiri ulama terkemuka dari merata dunia.
Ini termasuk Mesir, Jordan, Maghribi, Amerika Syarikat dan Eropah.
"Persidangan ini amat penting bagi Singapura dan negara seperti Singapura di mana kita hidup dalam persekitaran yang terbuka, moden dan mencabar dan bahawa minoriti Islam seperti kita, perlu belajar mengemudi dan fatwa adalah salah satu cara bimbingan agama boleh diberikan dalam menjawab cabaran ini dan isu yang dihadapi oleh minoriti Islam khususnya.
"Ia sebenarnya sangat penting juga untuk masyarakat Islam amnya kerana penting untuk mereka mengetahui bahawa untuk kita mengharungi cabaran yang dihadapi oleh masyarakat seperti kita dari segi perubahan keadaan teknologi, persekitaran, fatwa adalah salah satu yang terbaik untuk menimbangkan isu-isu tersebut dan mencari penyelesaian agar kita dapat berkembang maju dalam persekitaran sedemikian," kata Encik Masagos.
Masyarakat katanya mesti faham bahawa ia memerlukan kepakaran.
Beliau berharap ia akan membuatkan mereka menghargai bukan sahaja kesukaran tetapi juga kesan fatwa dalam kehidupan mereka.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.