Skip to main content

Singapura

Fatwa baru pemilikan rumah: pemilik perlu tahu implikasi tukar kontrak hak milik rumah

Para pemilik rumah yang ingin menukar di antara kontrak Pemilikan Bersama (Joint Tenancy) dan Hak Pecah Milik (Tenancy in Common) perlu mengetahui tentang implikasi dan kesannya dahulu memandangkan ia bukan suatu peralihan kontrak yang mudah dan murah.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 20 May 2019 07:33PM Dikemas Kini : 25 May 2019 06:54PM

SINGAPURA: Para pemilik rumah yang ingin menukar di antara kontrak Pemilikan Bersama (Joint Tenancy) dan Hak Pecah Milik (Tenancy in Common) perlu mengetahui tentang implikasi dan kesannya dahulu memandangkan ia bukan suatu peralihan kontrak yang mudah dan murah.

Demikian dikongsi oleh peguam Encik Ahmad Nizam Abbas berkenaan dengan prosedur peralihan kedua-dua kontrak menyusuli pengumuman semakan fatwa seminggu lalu.

DARI PEMILIKAN BERSAMA KEPADA PECAH MILIK

Pasangan suami isteri 'Nur' dan 'Ahmad' membeli flat HDB lima bilik di bawah kontrak Pemilikan Bersama (Joint Tenancy).

Menyusuli semakan fatwa yang diumumkan baru-baru ini, pasangan itu membuat keputusan untuk menukar kontrak Pemilikan Bersama kepada kontrak Pecah Milik bagi menjadikan flat tersebut harta pusaka yang boleh dibahagikan secara faraid.

Menurut Encik Nizam Abbas, bagi tujuan itu 'severance' atau memecahkan hak milik antara keduanya akan berlaku. Selain daripada menentukan hak masing-masing, keduanya juga perlu menjalani beberapa prosedur, antaranya mendapatkan peguam di bawah HDB atau secara privet.

Related article image

Lebih dari itu, pasangan itu juga perlu membayar cukai setem hartanah mengikut harga pasaran rumah.

Sebagai contoh, sekiranya harga pasaran rumah 'Nur' dan 'Ahmad' berjumlah $500,000, cukai setem yang perlu mereka bayar mungkin melebihi $10,000.

"Ia bukan sesuatu yang senang, ini bukan ambil pen dan tukar.

"Severence of Joint Tenancy, iaitu hak yang akan dipotong akan berlaku dan dari segi undang-undang ada prosedur yang terhad dan khusus.

"Ia tak cukup untuk mengatakan sahaja 'oh saya ingin tukar joint tenancy kepada tenancy in common'. Itu tidak sah," tekannya.

DARI PECAH MILIK KEPADA PEMILIKAN BERSAMA

Menurut Encik Ahmad Nizam Abbas lagi, prosedur bagi menukar kontrak Pecah Milik kepada Pemilikan Bersama lebih rumit lagi.

Kedua-dua pemilik yang mempunyai hak milik rumah berbeza perlu mencapai persetujuan bagi memiliki peratusan bahagian yang sama di bawah Joint Tenancy. Ini tidak kira sama ada hak kedua-duanya amat berlainan - sebagai contoh gabungan pemilikan berdasarkan kadar 70 peratus-30 peratus atau pun hingga kepada 99 peratus -1 peratus

Related article image

Meskipun kedua-dua pemilik rumah mempunyai hak berbeza, mereka perlu membayar jumlah cukai setem yang sama, melainkan keduanya telah membuat persetujuan awal.

"Dari Tenancy in Common untuk tukar kepada Joint Tenancy pula, ini lebih kompleks kerana ia boleh merupakan satu transaksi yang baru kerana ia macam satu 'conveyancing' atau penjualan atau perallihan tukar nama.

"Di sini pemilik rumah perlu mencari nasihat yang betul, kalau HDB pergi ke HDB, kalau privet pergi ke privet.

"Kerana ada kemungkinan bahawa ada bayaran yang mesti dibayar seperti 'stamp duty' dalam satu peralihan," katanya lagi.

Bagaimanapun, Encik Nizam berkongsi bahawa kes daripada Pemilikan Pecah Milik kepada Pemilikan Bersama tidak selalu berlaku di sini.

Ini memadangkan majoriti pemilik rumah memilih Pemilikan Bersama apabila mereka membeli rumah.

LEBIH RAMAI BERTANYA KEPADA PEGUAM

Encik Nizam berkata respons daripada anggota masyarakat setakat ini menunjukkan mereka ingin tahu tentang kebaikan yang dibawa oleh semakan fatwa tersebut.

Sejauh ini menurut Encik Nizam, terdapat peningkatan jumlah pertanyaan yang diajukan kepada pihak peguam oleh anggota masyarakat menyusuli pengumuman tersebut.

Di sisi Jawatankuasa Fatwa pula, kontrak Pemilikan Bersama merupakan pilihan yang lebih baik dari segi melindungi kebajikan keluarga sekiranya berlaku kematian dan bagi mengelakkan pertikaian keluarga serta kebimbangan atau ketidaktentuan kewangan yang serius.

Malah, Mufti menyatakan jika terdapat rumah yang masih belum dibahagikan mengikut faraid, Fatwa 2019 tersebut boleh dijadikan sandaran untuk mengesahkan pemilikan rumah kepada pihak yang masih hidup atau prinsip right-of-survivorship.

Namun demikian menurut Mufti, pemilik bersama yang masih hidup dan pewaris lain dinasihatkan untuk berbincang dengan baik dalam mencari jalan keluar. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita