Fasa tengkujuh dijangka berlaku lagi, suhu mungkin serendah 21°C di beberapa kawasan

(Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Menyusuli suhu terendah yang dicatatkan pada akhir bulan lalu, cuaca hujan di Singapura dijangka berlarutan, dengan suhu merosot ke paras rendah 20 darjah Celsius.
Khidmat Kaji Cuaca Singapura pada Jumaat (3 Mac) meramalkan "hujan yang kadangkala lebat" melanda antara Jumaat hingga Sabtu (4 Mac), dengan satu lagi tempoh monsun dijangka menjejas Singapura dan negara-negara sekitarnya dalam tempoh tersebut.
Khidmat Kaji Cuaca menambah, suhu minimum harian boleh merosot kepada antara 21 dengan 22 darjah Celsius di beberapa tempat.
HUJAN PALING LEBAT
Jumlah hujan sebanyak 225.55 milimeter dicatatkan pada Selasa (28 Feb) juga disebabkan oleh monsun - akibat tiupan angin lebih kencang di Laut China Selatan, menyebabkan pembentukan awan meluas di kawasan sekitar.
Bulan Februari juga mencatatkan jumlah hujan paling banyak sejauh ini, mengatasi rekod sebelum ini, iaitu 157.3 milimeter pada 4 Februari 1995.
Khidmat Kaji Cuaca pada Rabu (1 Mac), menyatakan keadaan hujan berterusan di kebanyakan tempat yang diberlaku pada hujung Februari, berkemungkinan reda secara beransur-ansur pada awal Mac.
Hujan berserta guruh pada sebelah petang diramalkan berlaku pada kebanyakan hari dalam minggu pertama Mac, dengan jumlah hujan bagi separuh pertama bulan ini dijangka melebihi purata bagi kebanyakan kawasan di Singapura.
Suhu harian diramalkan berada antara 24 dengan 33 darjah Celsius pada kebanyakan hari sepanjang separuh pertama Mac, sebelum beralih ke keadaan cuaca lebih kering pada minggu kedua.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.