Fasa pertama Laluan MRT Rentas Pulau dibuka menjelang 2029: Khaw Boon Wan
Fasa pertama Laluan MRT Rentas Pulau (CRL), akan dibuka menjelang 2029. Laluan kereta api CRL itu, akan menjadi laluan MRT Singapura yang terpanjang dibina di bawah tanah, menurut Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan pada Jumaat (25 Jan).
Peta Laluan MRT Rentas Pulau. (Gambar: Amir Yusof)
SINGAPURA: Fasa pertama Laluan MRT Rentas Pulau (CRL), akan dibuka menjelang 2029. Laluan kereta api CRL itu, akan menjadi laluan MRT Singapura yang terpanjang dibina di bawah tanah, menurut Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan pada Jumaat (25 Jan).
Berucap semasa melawat tapak kerja stesen MRT Bright Hill di Laluan Thomson-East Coast, Encik Khaw mengesahkan bahawa fasa pertama CRL akan mempunyai 12 stesen, di kawasan-kawasan seperti Changi, Loyang, Pasir Ris, Hougang dan Ang Mo Kio.
Stesen di Bright Hill adalah salah satu daripada empat stesen pertukaran MRT dalam fasa pertama CRL. Tiga lagi stesen pertukaran adalah di Ang Mo Kio bagi Laluan Utara-Selatan, Hougang bagi Laluan Timur Laut dan Pasir Ris bagi Laluan Timur-Barat.
Pembinaan laluan CRL pertama kali diumumkan sebagai sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan 2013. Laluan itu merentasi Singapura dengan menghubungkan kawasan di barat, timur laut dan timur, termasuk "kemungkinan Lapangan Terbang Changi", menurut Encik Khaw.
Fasa pertama sejauh 29 kilometer itu akan membolehkan lebih 10,000 keluarga untuk menikmati sistem perhubungan yang lebih baik di samping menjimatkan masa perjalanan. Ia juga akan membawa Singapura mencapai matlamat membolehkan lapan daripada 10 keluarga tinggal tinggal dalam jarak 10 minit perjalanan ke sebuah stesen MRT.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.