Fasa pertama Jejak Warisan Punggol dibuka, ciri-ciri Old Punggol Road dikekalkan
Anggaran Waktu Membaca:
Jejak Warisan Kembara Punggol tawarkan 26 laluan. (Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Bahagian pertama Jejak Warisan Punggol sejauh 400 meter dibuka pada Sabtu (23 Ogos), memberi para pengunjung peluang mengimbau perjalanan kawasan Punggol.
Laluan itu dibina dari Old Punggol Road, merentasi Daerah Digital Punggol dan Institut Teknologi Singapura (SIT), dengan rupa bumi berbukit dan habitat kehijauannya dikekalkan.
Di sepanjang laluan itu, terdapat sebuah perhentian bas yang direka semula menjadi gaya retro serta papan-papan tanda yang dipasang sepanjang jalan yang mengandungi maklumat mengenai sejarah kawasan Punggol.
Laluan berjalan kaki itu juga menampilkan pohon buah-buahan dan bunga-bunga yang berasal dari tempat itu.
Baki 900 meter laluan tersebut dijangka siap pada hujung tahun depan.
"Apabila ia siap, keseluruhan Jejak Warisan Punggol sepanjang 1.3 kilometer akan menawarkan akses mudah kepada penduduk estet Punggol, Daerah Digital Punggol dan kampus SIT ke pelbagai kawasan hijau, dari Punggol Waterway Park, Punggol Point Park menghala ke Coney Island Park," kata Pengarah Penyelaras Pembangunan Taman, NParks, Ang Chiean Hong.
"Taman ini boleh memberi manfaat kepada mahasiswa dari SIT kerana kami dapat menyelami alam semula jadi dan ia juga bantu meningkatkan kesejahteraan pelajar.
"Ini kerana disebabkan oleh kehijauan taman di mana pelajar dapat berehat, meneroka dan merehatkan minda daripada pelajaran," kata pelajar dan Presiden Kelab Tindakan bagi Pemuliharaan Sekitaran, Irfan Rosmadi.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.