Skip to main content

Singapura

Fasa ketiga Laluan Thomson-East Coast mula beroperasi

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 Nov 2022 08:51PM Dikemas Kini : 13 Nov 2022 09:48PM
SINGAPURA: Para penduduk mengalu-alukan pembukaan fasa ketiga Laluan Thomson-East Coast.

Sebahagian besar daripada mereka berkata ia akan memendekkan masa bagi melakukan perjalanan.
Khidmat MRT kini akan beroperasi dari Woodlands North ke Taman di Pesisiran.

Sekitar 100 penduduk berpeluang menaiki MRT ke arah selatan bagi melawat Pusat URA di Maxwell.

Diketuai oleh Menteri Kesihatan Ong Ye Kung, para penduduk sempat bergambar dan menikmati sambutan yang diadakan bagi menandakan ulang tahun kelima SMRT sebagai pengendali TEL.

"Saya baru sahaja membeli rumah di sini, sekitar lima minit dari sini jika berjalan kaki. Ini sebenarnya adalah permulaan baik untuk kami sekeluarga menerokoa stesen-stesen MRT yang baru," kata seorang pengunjung.

"Saya bekerja di stesen MRT Outram Park. Bagi saya ia adalah lebih cepat untuk saya melakukan perjalanan dari stesen MRT Woodlands ke Outram Park," kongsi seorang pengunjung lagi.

"Kami gemar melakukan perjalanan ke kawasan bandar. Kami gemar mengunjungi Taman di Pesisiran, Orchard Road. Laluan ini pastinya memberi manfaat kepada kami kerana ia lebih pantas," ujar seorang lagi yang mengunjungi stesen yang baru sahaja dibuka bersama keluarganya.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita