Fasa 2 Program 'Educate, Test, Treat' (ETT) bantu lebih ramai bekas pesalah uji, jalani rawatan Hepatitis C
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Roslinda Rahmat/BERITA Mediacorp
SINGAPURA: Khidmat Masyarakat HCSA dan Yayasan Tzu-Chi telah menjalin kerjasama untuk Fasa 2 Program 'Educate, Test, Treat!' (ETT).
Ia adalah lanjutan kepada program penghapusan virus Hepatitis C (HCV) dalam kumpulan yang menunjukkan risiko dijangkiti penyakit itu seperti bekas pesalah dadah.
Majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) nya yang berlangsung pada Khamis (25 Jul) disaksikan Menteri Negara Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan Cik Rahayu Mahzam.

PROGRAM ETT BANTU LEBIH RAMAI KUMPULAN BERISIKO TINGGI BEBAS HCV
Dua rakan Encik Shukor Ghani meninggal dunia setelah dijangkiti virus Hepatitis C (HCV).
Bekas pesalah dadah dan mereka yang pulih daripada ketagihan menunjukkan risiko dijangkiti penyakit itu kerana mungkin telah berkongsi jarum suntikan ketika mengambil dadah.
Melihat keadaan kesihatannya yang baik, Encik Shukor sama sekali tidak menyangka akan turut dijangkiti HCV.
Beliau digalakkan melakukan ujian mengesan virus itu yang ditawarkan program ETT ketika menjalani fasa akhir pemulihan di rumah peralihan HCSA Highpoint di Geylang Lorong 23.

"Saya positif Hepatitis C. Saya rasa sangat murung. Ini kerana simptomnya kita tidak dapat kesan. Kita cuma rasa penat, dada macam sesak nafas, itu sahaja. Kita ingat itu hanya sakit biasa," kata beliau kepada wartawan Roslinda Rahmat.
Encik Shukor kemudian dirujukkan ke hospital Tan Tock Seng untuk menerima pemeriksaan lanjut, rawatan bersubsidi dan sistem sokongan yang ditawarkan program ETT.
"Doktor di Tan Tock Seng menggalakkan kami ke sana, suruh periksa darah. Mula-mula saya tidak mahu pergi. Fasal apa, pun takut juga fasal ini Hepatitis. Lagipun, kos rawatannya pun melambung-lambung tinggi, mahal. Mahalnya sebanyak S$7,000. Tetapi mereka cakap jangan takut. Mereka akan sokong kita, mereka akan bantu," kata beliau.
TAMBAHAN DANA S$83,000 BANTU 400 PENGHUNI 5 RUMAH PERALIHAN
Yayasan Tzu-Chi telah mengikrarkan lagi S$83,000 untuk membiayai rawatan bagi HCV untuk para individu berisiko tinggi dari lima rumah peralihan.
"Sehingga kini, lebih daripada 270 individu telah menerima ujian HCV melalui inisiatif ETT. Daripada mereka yang diuji positif HCV, 41 peratus berjaya dihubungkan ke penjagaan dan 43 peratus daripada pesakit yang didiagnosis telah menerima rawatan. Sejak lewat 2023, sejumlah lapan peserta ETT telah pulih sepenuhnya. Ini setelah kami mendapat penaja yang menanggung kos keseluruhan rawatan," kongsi Penolong Pengurus, Operasi, HCSA Highpoint, Nurdin Nashrullah Che Yusof Ani.
Rumah peralihan PERTAPIS pula menganggarkan 30 peratus penghuninya mungkin berisiko dijangkiti HCV, kata Ketua Pegawai Eksekutif PERTAPIS, Encik Firdaus D'Cruz.
"Kami harap dengan ETT, setelah dapat mengetahui jikalau mereka ada penyakit Hepatitis C, para penghuni rumah peralihan kami dapat pertolongan, penjagaan dan rawatan yang akan dilakukan di Hospital Tan Tock Seng. Melalui sokongan daripada Gilead Sciences dan juga daripada Tzu-Chi, mereka akan juga mendapat bantuan secara pengangkutan juga baucar. Ini yang utama untuk penghuni-penghuni kami yang mungkin dalam fasa pekerjaan mereka dan sedang mengimbangi kos-kos keluarga, kos-kos peribadi semua. Jadi kos-kos rawatan ini juga satu hambatan, saya rasa," kata beliau.
SASARAN LENYAPKAN VIRUS HEPATITIS C JELANG 2030
Selain sasaran untuk menyaring 400 peserta menjelang hujung tahun, HCSA juga berharap melibatkan lagi dua rumah peralihan, termasuk Jamiyah.
Program ETT disokong syarikat biofarmaseutikal Gilead Sciences adalah usaha ke arah matlamat Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk menghapuskan HCV menjelang 2030.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.