Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Fasa 2 pembangunan Pelabuhan Tuas dirasmikan hari ini

Fasa kedua pembangunan Pelabuhan Tuas dilancarkan secara rasmi hari ini (4 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Jul 2019 09:23PM Dikemas Kini : 04 Jul 2019 09:27PM

SINGAPURA: Fasa kedua pembangunan Pelabuhan Tuas dilancarkan secara rasmi hari ini (4 Jul).

Penguasa Maritim dan Pelabuhan (MPA) menyatakan projek itu berjalan seperti yang dirancangkan dengan fasa kali ini melibatkan saiz bidang tanah terbesar iaitu seluas 387 hektar.

Menyaksikan kerja-kerja pemasangan di majlis pelancaran itu tadi ialah Menteri Negara Kanan Pengangkutan merangkap Kesihatan Dr Lam Pin Min.

Beliau berkata fasa kedua projek itu akan menggunakan sekitar 220 kaison atau kontena yang dibina khas untuk kerja-kerja dalam air.

Proses pembinaan pelabuhan tersebut akan dijalankan dalam empat fasa.

Apabila siap nanti pada tahun 2040, pelabuhan itu boleh memproses 65 juta unit kontena berukuran 20 kaki (TEU) setiap tahun.

Fasa kedua itu diramalkan disiap menjelang 2027.

Sumber : CNA/RU/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa