Far East Plaza, Ngee Ann City antara tempat dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit
Pusat beli-belah Far East Plaza dan Ngee Ann City adalah antara tempat baru yang ditambah pada Sabtu (10 Okt) ke dalam senarai tempat-tempat awam yang dikunjungi kes COVID-19 dalam masyarakat semasa tempoh mereka berjangkit, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

(Gambar: Google Street View)
SINGAPURA: Pusat beli-belah Far East Plaza dan Ngee Ann City adalah antara tempat baru yang ditambah pada Sabtu (10 Okt) ke dalam senarai tempat-tempat awam yang dikunjungi kes COVID-19 dalam masyarakat semasa tempoh mereka berjangkit, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).
Sebuah salon rambut di Far East Plaza dan gedung Takashimaya di Ngee Ann City masing-masing dikunjungi pada 4 Okt dan 29 Sep.
Juga ditambah dalam senarai itu ialah cawangan Don Don Donki di Square 2 @Novena dan restoran Kushikatsu Tanaka di Clarke Quay.
Berikut adalah tempat-tempat baru yang dikunjungi kes COVID-19:
- Restoran Kushikatsu Tanaka di Merchant Court pada 28 Sep antara 6.30 petang dengan 9.30 malam
- Takashimaya di Ngee Ann City pada 29 Sep dari 6.05 petang hingga 6.40 petang
- Don Don Donki di Square 2 @Novena pada 1 Okt antara 5.55 petang hingga 6.25 petang
- Joeun Salon di Far East Plaza dari 2.55 petang hingga 4.00 petang pada 4 Okt
Mereka yang dikenal pasti sebagai kenalan rapat kes yang disahkan sudah dihubungi MOH.
Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang telah ke tempat-tempat tersebut pada masa yang tertera harus memantau rapi kesihatan mereka selama 14 hari dari tarikh lawatan mereka, kata MOH.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.