Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

FAMA rancang buka sebuah lagi cawangan di S'pura, Jan 2019

Satu lagi cawangan Agro Bazaar akan dibuka di Singapura, kali ini bertempat di Geylang Serai pula.

Anggaran Waktu Membaca:
FAMA rancang buka sebuah lagi cawangan di S'pura, Jan 2019

Agrobazaar Malaysia di Singapura. (Gambar: Agrobazaar Malaysia/Facebook)

Diterbitkan : 10 Oct 2018 05:46PM Dikemas Kini : 10 Oct 2018 05:50PM

KLUANG: Satu lagi cawangan Agro Bazaar akan dibuka di Singapura, kali ini bertempat di Geylang Serai pula.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Malaysia merancang akan membuka sebuah lagi cawangan jualan produk tempatan di Singapura sebagai langkah promosi berterusan produk berasaskan pertanian dan industri asas tani negara itu.

Pengarah FAMA Negeri Johor, Alwi Anang berkata buat masa ini, pihaknya sudah mempunyai sebuah cawangan ala pasar mini yang dikenali sebagai Agro Bazaar Malaysia-Singapura (ABMS), yang dibuka di rumah kedai di Sultan Gate.

Encik Alwi bagaimanapun berkata konsep cawangan kedua, yang bakal beroperasi pada Januari depan di Geylang Serai, tertumpu lebih kepada ruang pameran serta lokasi mengambil barangan yang dipesan dalam talian.

“Kita membuka outlet ini kerana permintaan yang agak tinggi terutamanya buah-buahan dan bagi menampung permintaan berkenaan, kini sudah sampai masanya kita beralih kepada kaedah jual beli dalam talian pula.

“Jadi pelanggan kita di Singapura akan mempunyai pilihan untuk membeli hasil pertanian kita ini secara terus atau dalam talian,” kata Encik Alwi kepada para wartawan hari ini (10 Okt) semasa program Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan Peringkat Sekolah Daerah Kluang.

Beliau menambah bahawa kaedah jual beli dalam talian menjamin kualiti produk terjaga kerana pihak FAMA akan membawa masuk barangan yang sudah dipesan sahaja berbanding sebelum ini.

“Jualan dalam talian perlu dilakukan setelah kita melihatkan ianya lebih baik, kerana ia sudah ada pembelinya...tetapi bagi kaedah sebelum ini, adakalanya kita terpaksa menampung kerugian akibat buah yang rosak dan sebagainya sebelum sempat ianya dijual,” katanya. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan