Skip to main content

Singapura

Faishal Ibrahim dalam perbincangan untuk kembali ke bidang akademik bersama NUS

Anggaran Waktu Membaca:
Faishal Ibrahim dalam perbincangan untuk kembali ke bidang akademik bersama NUS

Mantan Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Muhammad Faishal Ibrahim bercakap dalam satu sidang media di Pusat Akhbar Nasional pada 21 Mei 2025. (Gambar fail: CNA/Marcus Mark Ramos)

Diterbitkan : 24 Aug 2026 04:50PM
  • Dr Muhammad Faishal Ibrahim sedang berbincang dengan Universiti Nasional Singapura (NUS) untuk kembali ke bidang akademik selepas meletak jawatan politik pada Julai.
  • Peletakan jawatan beliau berlaku selepas Perdana Menteri Lawrence Wong menyatakan interaksinya dengan seorang wanita tidak memenuhi piawai pemegang jawatan politik.
  • Sebelum menyertai politik, Dr Faishal pernah bertugas sebagai profesor madya di NUS dan kini berpotensi kembali ke institusi tersebut.
  • NUS mengesahkan perbincangan sedang berlangsung, manakala CNA telah menghubungi Dr Faishal untuk mendapatkan komen lanjut.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Mantan Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Muhammad Faishal Ibrahim, sedang berbincang untuk kembali ke bidang akademik bersama Universiti Nasional Singapura (NUS).

Menjawab pertanyaan CNA pada Isnin (24 Ogos), NUS menyatakan pihak universiti dan Dr Faishal sedang membincangkan aturan bagi kepulangannya ke bidang akademik.

Dr Faishal, yang juga merupakan mantan Menteri Negara Kanan bagi Ehwal Dalam Negeri, meletak jawatan daripada politik pada Julai.

Perdana Menteri Lawrence Wong ketika itu berkata interaksi Dr Faishal dengan seorang wanita "tidak memenuhi" piawai yang diperlukan daripada seorang pemegang jawatan politik dan Anggota Parlimen.

BERITA Mediacorp sebelum ini melaporkan peletakan jawatan Dr Faishal pada 20 Julai.
Sebelum menceburi politik, Dr Faishal bertugas di NUS.

Pada 2010, beliau merupakan profesor madya dalam bidang hartanah di bekas Sekolah Reka Bentuk dan Sekitaran NUS.

Sekolah itu kemudian bergabung dengan Fakulti Kejuruteraan untuk membentuk Kolej Reka Bentuk dan Kejuruteraan pada 2022.

Dr Faishal menceburi politik pada April 2006 sebagai sebahagian daripada pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) seramai enam anggota yang memenangi GRC Marine Parade.

Beliau dilantik sebagai Menteri Negara Kanan bagi Ehwal Dalam Negeri dan Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam pada Mei 2025.

CNA sudah menghubungi Dr Faishal untuk mendapatkan komen mengenai kemungkinan beliau kembali ke bidang akademik.
Sumber : CNA/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita