Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Faisal Manap: Para AP WP sudah banyak suarakan cadangan bagi baiki keluarga memerlukan

Perkara itu, menurut beliau, selaras dengan falsafah WP iaitu untuk membentuk kehidupan yang bermaruah.

Anggaran Waktu Membaca:
Faisal Manap: Para AP WP sudah banyak suarakan cadangan bagi baiki keluarga memerlukan

Ahli WP Sylvia Lim, Leon Perera, Pritam Singh, Gerald Giam dan Faisal Manap bertemu penduduk pada 27 Jun 2020. (Gambar: Jeremy Long)

SINGAPURA: Calon Parti Pekerja (WP) bagi GRC Aljunied, Muhammad Faisal Manap, mengingatkan para pengundi betapa para Anggota Parlimen parti itu sudah banyak kali mengetengah dan menyuarakan pertanyaan-pertanyaan dan cadangan untuk memperbaiki kehidupan berkeluarga.

Ini terutama bagi keluarga-keluarga yang memerlukan, kata beliau.

Encik Faisal berkata demikian dalam ucapan beliau semasa rapat online parti itu hari ini (7 Jul).

"Saya sendiri telah menyuarakan beberapa cadangan seperti diadakan cuti bapa, semak semula kelayakan pendapatan bagi permohonan rumah sewa awam HDB, bantuan yang lebih baik bagi golongan ibu tunggal, semak semula skim COE bagi motosikal, diadakan sebuah sistem pemantauan untuk menilai keberkesanan skim-skim bantuan yang ada dan banyak lagi perkara yang lain. Usaha untuk memperbaiki keadaan ini adalah usaha berterusan," kata beliau lagi.

Encik Faisal berkata WP akan meneruskan usaha itu jika dipilih sekali lagi ke parlimen.

Beliau juga menyentuh tentang usaha pembangunan sebuah keluarga yang utuh, yang menurutnya perlu dilakukan secara holistik dan berterusan.

Bagi mencapainya, salah satu aspek utama yang perlu dititikberatkan adalah keseimbangan kehidupan berkeluarga dan bekerja masyarakat Singapura, kata beliau.

Menurut Encik Faisal, kajian menunjukkan bahawa keseimbangan kehidupan berkeluarga dan bekerja adalah penting dalam pembentukan keluarga.

"Di Singapura pada hari ini, masih ramai ketua keluarga yang mengeluh tentang kos sara kehidupan dan tidak mempunyai waktu berkeluarga yang berkualiti disebabkan situasi kehidupan yang mencabar dan menekan," kata beliau yang juga merupakan Naib Pengerusi WP.

Lantaran itu, Encik Faisal menekankan bahawa WP amat menitikberatkan faktor demikian.

Perkara itu, menurut beliau, selaras dengan falsafah WP iaitu untuk membentuk kehidupan yang bermaruah. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan