Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Faisal Manap gesa pemimpin masyarakat bincang isu perpaduan dengan lebih terbuka, berhemah

Anggota Parlimen Parti Pekerja (WP) Faisal Manap berucap tentang perlunya anggota dan pemimpin masyarakat memperkukuhkan perpaduan dalam konteks Singapura yang pelbagai. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Sep 2020 07:31PM Dikemas Kini : 02 Sep 2020 08:44PM

SINGAPURA: Anggota Parlimen Parti Pekerja (WP) Faisal Manap berucap tentang perlunya anggota dan pemimpin masyarakat memperkukuhkan perpaduan dalam konteks Singapura yang pelbagai.

Menyusuli beberapa insiden berkaitan isu keagamaan baru-baru ini, Encik Faisal menyeru anggota dan pemimpin masyarakat untuk membincangkan isu tersebut dengan lebih terbuka dan berhemah.

"Adalah lebih baik jika pendekatan rendah diri dan keterbukaan diambil apabila membincangkan tentang perkara-perkara yang dianggap sensitif seperti agama dan bangsa.

"Sifat-sifat ini akan membolehkan perbincangan dijalankan dengan rasional dan konstruktif agar akhirnya boleh mencapai persetujuan dan penyelesaian yang baik bagi masyarakat," ujar Encik Faisal Manap. 

Sumber : CNA/UR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan