Fairway Mart di Little India didenda; berulang kali jual arak lepasi waktu dibenarkan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: iStock)
SINGAPURA: Sebuah kedai di Little India didenda S$5,000 oleh mahkamah pada Selasa (29 Ogos) kerana berulang kali menjual minuman keras melepasi waktu penjualan yang dibenarkan.
Fairway Mart, yang terletak di 662 Buffalo Road, didapati menjual minuman keras kepada empat individu antara 5 Dis 2021 dengan 15 Okt 2022, pukul 7.00 malam pada hari Ahad, Sabtu dan cuti umum.
Seorang wakil kedai itu mengaku bersalah atas satu tuduhan di bawah Akta Kawalan Arak (Pembekalan dan Penggunaan) membekalkan minuman keras melepasi waktu yang ditetapkan oleh lesen minuman keras.
Mahkamah diberitahu bahawa Fairway Mart mempunyai lesen minuman keras yang sah dari 9 Nov 2021 hingga 8 Nov 2022.
Memandangkan kedai itu terletak dalam Zon Kawalan Arak, waktu penjualan yang ditetapkan ialah: 7.00 pagi hingga 10.30 malam setiap Isnin hingga Jumaat, dengan syarat hari itu bukan cuti umum atau malam cuti umum dan 7.00 pagi hingga 7.00 malam setiap Sabtu, Ahad, cuti umum dan malam cuti umum.
Kedai itu bagaimanapun melanggar peraturan dengan menjual arak kepada empat lelaki selepas waktu yang ditetapkan.
Lelaki pertama ditahan oleh pegawai polis tambahan kerana meminum arak pada 5 Dis 2021, iaitu hari Ahad. Dia membeli setin bir Heineken dari Fairway Mart pada pukul 7.45 malam pada hari itu.
Pada bulan yang sama, seorang lelaki membeli empat tin bir bersama barangan runcit lain dari Fairway Mart pada pukul 7.10 malam. Seorang pegawai polis membuat laporan bahawa sebuah kedai menjual arak melepasi waktu yang dibenarkan.
Pada 9.20 malam pada 3 Mei 2022, yang merupakan cuti umum, seorang lelaki membeli setin bir Anchor Strong dari Fairway Mart. Seorang pegawai polis melaporkan kes itu, sambil mengatakan seorang individu telah ditahan dan enggan memberikan butirannya.
Insiden keempat berlaku kira-kira jam 9.35 malam pada 15 Okt 2022, iaitu hari Sabtu, apabila seorang lelaki membeli setin bir Knock Out dari Fairway Mart.
Seorang pegawai polis yang membuat laporan menyatakan bahawa beliau telah menjalankan pemeriksaan di kedai itu dan melihat seorang pekerja membekalkan minuman keras melepasi waktu yang dibenarkan.
Siasatan mendapati bahawa Fairway Mart pernah beroperasi sebagai Pradeep International Trading, tetapi kehilangan lesen minuman keras di bawah nama itu pada 2020, selepas disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta Kawalan Arak yang sama.
Pendakwa raya mengusulkan denda antara S$4,000 dengan S$6,000, sambil mengatakan Fairway Mart telah didenda S$3,000 di bawah nama Pradeep International Trading pada Julai 2020 atas tuduhan serupa.
Dalam rayuannya, pengarah firma itu berkata insiden tersebut berlaku semasa tempoh COVID-19 dan ia "berlaku tanpa disedari".
Syarikat itu turut menyatakan bahawa ia tidak akan melakukan lagi kesalahan yang sama.
Syarikat itu dibenarkan membayar denda pada 12 Sep.
Hukuman maksimum kerana menjual minuman keras melepasi waktu yang ditetapkan dalam lesen minuman keras ialah denda sehingga S$10,000. Pesalah berulang boleh dikenakan denda dua kali ganda.
Selain Little India, Geylang juga ditetapkan sebagai Zon Kawalan Arak pada tahun 2015.
Menurut Akta Kawalan Arak (Pembekalan dan Penggunaan), sesuatu kawasan boleh diisytiharkan sebagai zon kawalan minuman keras jika menteri berkaitan berpuas hati bahawa ia tidak akan menimbulkan "risiko terhadap ketenteraman awam berkaitan dengan pengambilan minuman keras".

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.