Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

FairPrice serap kenaikan GST bagi 500 produk pada separuh pertama 2024

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Nov 2023 12:15PM Dikemas Kini : 28 Nov 2023 12:17AM
SINGAPURA: FairPrice Group akan menawarkan potongan harga 1 peratus bagi 500 barangan keperluan pada separuh pertama tahun 2024.

Langkah tersebut bertujuan untuk mengimbangi kenaikan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dari 8 peratus kepada 9 peratus, yang juga akan berkuat kuasa tahun depan.

Sebanyak 500 barangan yang diberikan potongan harga itu termasuk barangan yang kerap diperlukan dan dibeli para pelanggan, menurut FairPrice Group pada Isnin (27 Nov).

Potongan harga itu merangkumi 500 barangan harian termasuk buah-buhan, sayur-sayuran, daging, makanan asas, produk tenusu, produk kertas, sabun basuh dan pembersih rumah.

Inisiatif NTUC tersebut melibatkan kesemua pasar raya FairPrice dan pembelian menerusi online.

Selain itu, FairPrice Group juga akan melanjutkan skim potongan harganya bagi para anggota Generasi Perintis, Generasi Merdeka serta pemegang kad berwarna biru Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS) sehingga 31 Disember 2024.

Pelanggan yang layak boleh menunjukkan kad keanggotaan mereka kepada juruwang. Mereka harus memilih pilihan potongan harga yang tertentu di kaunter pembayaran sendiri.

Para anggota Generasi Perintis merujuk kepada mereka yang dilahirkan pada atau sebelum 31 Disember 1949, dan menjadi warga Singapura pada atau sebelum 31 Disember 1986.

Para anggota Generasi Merdeka pula, termasuk mereka yang dilahirkan antara 1 Januari 1950 hingga 31 Disember 1959 dan menjadi warga Singapura pada atau sebelum 31 Disember 1996.

Potongan harga itu sah sehingga S$200 bagi setiap urus niaga sehari, menurut FairPrice Group.

Inisiatif-inisiatif tersebut akan membantu orang ramai "di tengah-tengah inflasi yang terus tinggi dan kesan yang belum pernah berlaku sebelum ini ke atas kos sara hidup".
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan