Skip to main content

Singapura

FairPrice lanjutkan promosi baucar S$8 jika belanja S$80 dari Baucar CDC sehingga 24 Jan

Anggaran Waktu Membaca:
FairPrice lanjutkan promosi baucar S$8 jika belanja S$80 dari Baucar CDC sehingga 24 Jan

(Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

Diterbitkan : 17 Jan 2024 01:12PM
SINGAPURA: Kumpulan FairPrice (FPG) akan terus memberikan baucar S$8 bagi setiap baucar pasar raya Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bernilai S$80 yang digunakan dalam satu transaksi di cawangannya sehingga 24 Jan.

Promosi itu dilanjutkan selama seminggu lagi ekoran permintaan memberangsang dan bagi membolehkan lebih ramai pelanggan menjimatkan perbelanjaan harian mereka, kata FPG dalam satu kenyataan media pada 17 Jan.

Baucar S$8 itu boleh digunakan pada hari selepas ia dikeluarkan sehingga 29 Februari dan tidak mempunyai sebarang keperluan perbelanjaan minimum.

Berbilang baucar boleh digunakan dalam satu transaksi.

Ketua eksekutif kumpulan FPG Vipul Chawla berkata ia amat berbesar hati dengan maklum balas yang positif dan "permintaan yang sangat besar" bagi promosi baucar itu sejak dua minggu lalu.

Dilancarkan pada 3 Jan, Skim Baucar CDC 2024 menyediakan setiap isi rumah Singapura dengan baucar S$500, separuh daripadanya boleh dibelanjakan di pasar raya, dan separuh lagi di gerai penjaja dan kedai kejiranan yang mengambil bahagian.

Inisiatif itu akan memanfaatkan 1.27 juta isi rumah Singapura dan menelan belanja S$635 juta.

Selain skim baucar itu, FPG juga menyerap kenaikan 1 peratusan mata dalam Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi lebih 500 barang keprluan harian untuk enam bulan pertama 2024.
Pada November 2023, FPG juga mengumumkan lanjutan skim diskaun untuk anggota Generasi Perintis (PG), Generasi Merdeka (MG), dan pemegang kad biru Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS) hingga akhir 2024.
 
Sumber : AGENCIES/SU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita