Fairprice Group gandakan diskaun bagi keluarga berpendapatan rendah 1 Jan - 1 Mac 2025
Anggaran Waktu Membaca:

Cawangan FairPrice di 653B Punggol Drive. (Gambar fail: NTUC FairPrice/Facebook)
SINGAPURA: Keluarga bergaji rendah akan menikmati lebih banyak diskaun semasa membeli barang dapur di pasar raya FairPrice dan Unity bagi dua bulan akan datang.
Pemegang kad Biru dan Oren CHAS akan menerima potongan harga sebanyak 6 peratus pada setiap hari Khamis dan Jumaat sehingga 1 Mac.
Ini lebih tinggi berbanding diskaun 3 peratus yang sedia ada sekarang.
Menurut FairPrice Group, inisiatif ini menandakan permulaan bagi sambutan ulang tahun Singapura yang ke-60.
Awal bulan ini, syarikat itu turut melanjutkan skim potongan harga hariannya bagi warga emas serta Generasi Perintis dan Merdeka sehingga akhir tahun depan.
Pemegang kad Biru dan Oren CHAS merupakan keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah per kapita sebanyak S$2,300 dan ke bawah.
Pengurus Besar, FairPrice Foundation Jean Khong berkata: "Sesetengah rakyat Singapura berdepan kesukaran dengan keperluan harian.
Jadi kami ingin melakukan yang terbaik, untuk memastikan mereka mampu membeli barangan ini dengan mudah."

Sumber : CNA/NY/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.