Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

FairPrice Finest di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit

Pasar raya FairPrice Finest di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi dimasukkan ke senarai tempat-tempat awam yang pernah dikunjungi kes COVID-19 semasa tempoh mereka berjangkit.

Anggaran Waktu Membaca:
FairPrice Finest di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 24 Oct 2020 11:19PM Dikemas Kini : 24 Oct 2020 11:22PM

SINGAPURA: Pasar raya FairPrice Finest di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi dimasukkan ke senarai tempat-tempat awam yang pernah dikunjungi kes COVID-19 semasa tempoh mereka berjangkit.

Dalam kemas kini sebelah malamnya mengenai keadaan virus korona di Singapura pada hari Sabtu (24 Okt), Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan pesakit yang berjangkit telah mengunjungi pasar raya NTUC itu pada 17 Oktober antara pukul 7 malam dengan 8 malam.

Menurut MOH pihaknya sudah memaklumkan individu yang dikenal pasti sebagai kenalan rapat kes yang disahkan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berada di tempat itu pada waktu berkenaan harus memantau rapi kesihatan mereka selama 14 hari dari tarikh lawatan mereka, tambah kementerian itu.

Mereka juga harus segera berjumpa doktor jika mengalami gejala jangkitan pernafasan akut, seperti batuk, sakit tekak dan hidung berair, serta demam dan hilang deria rasa atau bau, dan memberitahu doktor mengenai sejarah pendedahan mereka.

Orang ramai boleh mengakses khidmat Pemeriksaan Sendiri Lokasi SafeEntry melalui Aplikasi TraceTogether, SingPass atau di https://wereyouthere.safeentry.gov.sg untuk memeriksa sama ada mereka berada di tempat itu pada masa yang ditentukan, berdasarkan rekod SafeEntry mereka sendiri.

Tambah MOH lagi, orang ramai tidak perlu mengelakkan tempat-tempat dikunjungi kes COVID-19 yang disahkan.

Agensi Sekitaran Kebangsaan akan memberi panduan mengenai pembersihan dan pembasmian kuman kepada pengurusan tempat yang terjejas.

Pada hari Sabtu, MOH menyatakan terdapat 14 kes baru COVID-19 yang disahkan di Singapura, termasuk 11 kes import dan dua jangkitan dalam masyarakat. Satu lagi kes melibatkan penghuni di dormitori. 

Sumber : Today/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan