Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Facebook Marketplace, Carousell dinilai paling rendah bagi langkah-langkah antipenipuan 'penting'

Pengguna kini boleh memeriksa sejauh manakah sesebuah wadah e-dagang itu terlindung terhadap penipuan menerusi satu sistem penilaian baru yang dilancarkan pada Sabtu (14 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pengguna kini boleh memeriksa sejauh manakah sesebuah wadah e-dagang itu terlindung terhadap penipuan menerusi satu sistem penilaian baru yang dilancarkan pada Sabtu (14 Mei).

Ia sebahagian daripada langkah-langkah yang diumumkan oleh Jawatankuasa antara Kementerian mengenai Penipuan (IMCS) yang bertujuan membantu para pelanggan melakukan urus niaga secara online dengan lebih selamat.

Ini selepas lebih 2,700 kes penipuan e-dagang dilaporkan pada tahun lalu, menyebabkan para mangsa kehilangan wang bernilai hampir S$6 juta.

Membeli-belah secara online semakin menjadi pilihan ramai kini. Namun sekarang, para penipu menggunakan wadah e-dagang untuk memperdayakan mangsa mereka.

Demi mencegah lebih ramai orang daripada menjadi mangsa, lelaman web tersebut akan diberikan rating bagi langkah-langkah antipenipuan yang dilaksanakan.

Ia termasuk ciri-ciri seperti pilihan pembayaran yang selamat dan cara bagi mengesahkan kesahihan penjual.

"Pada asasnya, ia adalah sebuah sistem penilian untuk memaklumkan para pengguna kami tentang langkah-langkah yang perlu diperhatikan semasa melakukan urus niaga secara online dan membeli barangan secara online. Pada masa yang sama, kami juga memberikan mereka maklumat mengenai wadah-wadah e-niaga yang ada sekarang dan apakah langkah-langkah yang sudah dilaksanakan bagi menjamin urus niaga online yang selamat," kata Pengerusi IMCS Desmond Lee, yang juga Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri.

Sebanyak 50 peratus daripada pasaran dalam talian utama yang dinilai memenuhi empat kriteria kerana dilengkapi dengan semua langkah yang disarankan.

Dalam kalangan enam wadah e-dagang, Facebook Marketplace dan Carousell dinilai sebagai paling rendah bagi langkah-langkah antipenipuan "penting" yang dilaksanakannya, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada Sabtu.

Facebook Marketplace dan Carousell masing-masing diberikan satu tanda dan dua tanda manakala Shopee menerima tiga tanda.

Sementara itu, Amazon, Lazada dan Qoo10 dinilai dengan empat tanda penuh kerana memenuhi semua kriteria.

Semakan akan dijalankan setiap tahun.

Satu piawai nasional bagi urus niaga di wadah e-dagang juga sudahpun disemak. Ia kini mengandungi lebih banyak garis panduan mengenai antipenipuan.

Lelaman web yang mengamalkan piawai itu biasanya mendapat rating lebih baik.

Maklumat lanjut mengenai rating keselamatan tersebut boleh didapati menerusi laman mikro Kementerian Ehwal Dalam Negeri.

Sumber : CNA/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan