Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

F1 tunda aksi GP S'pura akibat hujan lebat

Anggaran Waktu Membaca:
F1 tunda aksi GP S'pura akibat hujan lebat

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 02 Oct 2022 08:15PM Dikemas Kini : 02 Oct 2022 08:28PM

SINGAPURA: Formula One mengumumkan permulaan Grand Prix Singapura ditunda susuli hujan lebat di Litar Marina Bay. 

Perlumbaan sepatutnya bermula pada 8.00 malam, namun hujan lebat yang melanda kawasan itu, menjejaskan keadaan litar, lapor Motorsport Week. 

Dalam satu kemas kini, prosedur permulaan akan bermula pada pukul 8.05 malam, manakala barisan kereta akan dibenarkan keluar ke garisan permulaan pada pukul 8.25 hingga 8.35 malam. 

Perlumbaan 61 pusingan itu akan bermula selepas pusingan latihan pada pukul 9.05 malam. 

Pemandu Ferrari Charles Leclerc bermula di petak pertama manakala juara dunia F1 Max Verstappen bermula di petak kelapan. 
 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan