Skip to main content

Singapura

F1 Singapura 2026 dikecualikan daripada deposit 10 sen BCRS: NEA

Anggaran Waktu Membaca:
 F1 Singapura 2026 dikecualikan daripada deposit 10 sen BCRS: NEA

Pemandangan jerebu dari Padang pada 9 Okt 2026. (Gambar: CNA/Jeremy Long)

Diterbitkan : 09 Oct 2026 09:13PM Dikemas Kini : 09 Oct 2026 09:15PM
Singapore F1 2026 exempt from 10-cent BCRS deposit: NEA
  • NEA said visitors to the Formula 1 Singapore Airlines Singapore Grand Prix 2026 at the Circuit Park do not need to pay the 10-cent deposit on drinks under the BCRS scheme.
  • The exemption for SGP and food and beverage operators was given because the race is taking place soon after the BCRS is fully implemented on Oct 1, and in view of the scale of the event.
  • Visitors still need to place empty drink containers in recycling bins, while SGP is disseminating information through its website, app and notices at the venue.
  • Across Singapore, the BCRS imposes a deposit on eligible plastic bottles and cans, with the payment redeemable through return points such as Return Right machines.
Dijana oleh AI

SINGAPURA: Pengunjung Grand Prix Formula 1 Singapore Airlines Singapura 2026 tidak perlu membayar deposit 10 sen bagi bekas minuman yang tertakluk di bawah skim pemulangan bekas minuman dan dijual di dalam Circuit Park, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Jumaat (9 Okt).

Perlumbaan itu berlangsung tidak lama selepas Skim Pemulangan Bekas Minuman (BCRS) dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Oktober.

NEA menyatakan pengecualian diberikan kepada penganjur perlumbaan Singapore Grand Prix (SGP) dan pengendali makanan dan minuman yang dibenarkan di Circuit Park kerana acara itu berlangsung begitu hampir dengan pelaksanaan penuh skim tersebut, selain mengambil kira skala dan sifat acara berkenaan.

Ini bermakna pengunjung tidak perlu membayar deposit 10 sen apabila membeli minuman yang termasuk dalam skim tersebut di Circuit Park.

Sebaliknya, mereka perlu membuang bekas minuman kosong ke dalam tong kitar semula yang disediakan di sekitar Circuit Park, menurut NEA.

Bagi memastikan pengunjung mengetahui aturan tersebut, SGP sudah menerbitkan maklumat di laman webnya dan akan menghantar pemberitahuan menerusi aplikasi mudah alihnya pada Jumaat.

Notis juga akan dipaparkan di kedai makanan dan minuman serta SGP Grid Bars di dalam Circuit Park.

Di bawah BCRS yang dilaksanakan di seluruh Singapura, pengguna perlu membayar deposit 10 sen apabila membeli minuman dalam botol plastik dan tin logam yang layak.

Deposit itu boleh diperolehi semula apabila bekas kosong dikembalikan di tempat pemulangan yang ditetapkan, termasuk mesin pemulangan layan diri Return Right.

Bekas minuman yang layak mempunyai tanda deposit dan kod bar yang menunjukkan ia termasuk dalam skim tersebut.

Para peruncit di seluruh Singapura sebelum ini perlu mengeluarkan minuman tanpa tanda yang diperlukan daripada rak dan menggantikannya dengan produk yang mematuhi skim itu sebelum 1 Oktober, meskipun tempoh peralihan selama enam bulan sudah diberikan.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita