Skip to main content

Singapura

F1 SG: Pelan luar jangka disediakan hadapi jerebu

Anggaran Waktu Membaca:
F1 SG: Pelan luar jangka disediakan hadapi jerebu

Pemandangan litar Grand Prix Singapura pada 8 Oktober 2026. (Gambar: REUTERS/Edgar Su)

Diterbitkan : 08 Oct 2026 07:48PM
F1 Singapore: Contingency plans in place to deal with haze
  • STB said contingency plans have been prepared for this weekend's Singapore F1 Grand Prix at the Marina Bay Street Circuit, based on the 24-hour PSI level and one-hour PM2.5 readings.
  • Planned measures include providing haze information to the public, making medical assistance and N95 masks available if needed, and safeguarding the safety of participants and visitors.
  • STB, Government agencies, NEA and Singapore GP are monitoring the situation and will assess visibility, public health or operational issues before making decisions on the event.
  • Tourism partners have been asked to follow updates from NEA and the myENV app, while the FIA expects the race to be unaffected although outdoor activities may be restricted if the haze worsens.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Pelan luar jangka yang menggariskan langkah-langkah bagi pelbagai tahap mutu udara disediakan untuk Grand Prix Formula 1 (F1) Singapura hujung minggu ini, menurut Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada Khamis (8 Okt) sebagai respons kepada pertanyaan Mediacorp.

Pelan tersebut meliputi pelbagai tahap Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam dan PM2.5 satu jam, kata STB.

Langkah-langkah itu termasuk memastikan orang ramai di Litar Jalan Raya Marina Bay mendapat maklumat terkini mengenai perkembangan jerebu serta menyediakan bantuan perubatan dan pelitup N95 di lokasi jika diperlukan.

STB menyatakan pelbagai agensi pemerintah bekerjasama rapat dengan penganjur perlumbaan, Singapore GP (SGP), bagi melindungi kesihatan dan keselamatan mereka yang terlibat sambil memastikan perlumbaan dan program hiburan berjalan lancar.

“Sekiranya jerebu menyebabkan isu jarak penglihatan, kesihatan awam atau operasi, agensi-agensi berkaitan akan bekerjasama rapat dengan SGP untuk menilai keadaan sebelum membuat sebarang keputusan bersama mengenai acara tersebut,” jelas badan berkanun itu.

Ia menambah bahawa pihaknya memantau keadaan dengan teliti dan menyelaraskan secara rapat dengan pasukan bertindak jerebu berbilang agensi, yang diterajui Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

“Pelan-pelan tindakan disediakan berdasarkan tahap keamatan atau intensiti jerebu,” kata STB.

Rakan-rakan kongsi industri pelancongan dinasihatkan supaya memantau kemas kini harian mengenai unjuran dan nasihat berkaitan jerebu menerusi laman web NEA atau aplikasi myENV, serta melaksanakan langkah berjaga-jaga selaras dengan nasihat NEA.

Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), badan pentadbir sukan permotoran, menyatakan pada Khamis bahawa mungkin terdapat “beberapa sekatan” terhadap kegiatan-kegiatan luar di Grand Prix, seperti hiburan, jika jerebu bertambah buruk, namun perlumbaan itu sendiri dijangka tidak terjejas.
Sumber : CNA/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita