Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

F1 SG bawa tuah buat para peniaga Kampong Gelam, jualan naik sehingga 20%

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Demam perlumbaan kereta Grand Prix Formula One (F1) di Singapura semakin hangat terasa dengan kawasan tarikan pelancong seperti Kampong Gelam mula sesak dengan para pengunjung.

Selain warga tempatan yang meluangkan masa bersama keluarga, para pelancong juga ambil kesempatan untuk nikmati keindahan suasana di sekitar Masjid Sultan dan Kampong Gelam yang bersejarah.

"Saya mahu tonton F1 malam ini (16 Sep) dan hari minggu. Saya seronok berada di sini kerana ada banyak makanan halal dan di Kampong Gelam jadi kami tidak perlu fikir untuk cari makanan dan ia juga dekat dengan masjid, jadi ia lebih selesa," kata pelancong dari Indonesia, Diah Pratiwi.

Selain itu ada juga yang mengambil kesempatan perlumbaan F1 untuk melancong ke Singapura buat pertama kali.

A

"Kami sebenarnya tinggal di Hong Kong selama dan ini adalah kali pertama kami ke Singapura dan saya rasa F1 adalah sebab yang baik untuk datang ke sini," kata pelancong Harsh Nagra dan Poorva Patil.

Pelancong dari Korea Selatan, Kim Soo Hyun yang ditemui BERITA Mediacorp juga cukup teruja dengan suasana di Kampong Gelam.

Kata Cik Kim, "Ini kali pertama saya ke kawasan ini dan saya rasa ia sangat menarik dan ada pelbagai benda dan makanan di sini"

A

HASIL PERNIAGAAN MENINGKAT HAMPIR 20%

Kehadiran para pelancong juga membawa tuah buat para peniaga di kawasan itu.

Ada yang menyaksikan lonjakan jumlah pelanggan sehingga 20 peratus.

"Ada juga pelanggan-pelanggan dari luar negeri yang datang untuk melihat daerah di sini dan dengannya ada bazar F1, juga kelihatan peningkatan kepada jumlah orang-orang yang jalan di sini," kata Pemilik Butik Ratianah, Cik Ratianah Tahir.

Restoran Sultan Traditional Turkish juga melihat peningkatan dalam jumlah pelanggan yang datang menjamu selera.

"Ramai orang dan pelancong datang ke sini disebabkan perlumbaan F1. Saya tidak pernah lihat orang ramai sebegini sebelum COVID-19 dulu," ujar kakitangan restoran itu, Encik Syed.

BAZAAR GPSS@KAMPONG GELAM

Bagi menyemarakkan lagi perniagaan di Kampong Gelam, sebuah bazar khas F1 diadakan di ruang meletak kereta Aliwal dan Pahang Street.

A

Selain persembahan para artis, para pengunjung juga boleh nikmati selera tempatan daripada lebih 30 trak makanan.

A

Malangnya, kedatangan pelancong tidak begitu memberi kesan positif buat para peniaga di bazar tersebut setakat ini.

"Perniagaan agak perlahan sebab sambutan kurang hangat, jarang ada orang atau mereka yang lalu lalang yang datang ke gerai kami,' kata kakitangan Mangos Bossku, Muhammad Mizwar Mizan.

A

Ada juga yang memberikan kepercayaan kepada pihak penganjur untuk membantu menguar-uarkan bazar itu.

"Hari demi hari ada juga peningkatan, pihak penganjur ada membantu untuk mempromosikan acara ini dan memanggil rakan artis untuk datang dan membuat persembahan di sini," kata Pemilik Beasty Bitez, Muhammad Aidil Putra Mesran.

Kakitangan Johnnybergs, Muhammad Danish Martin Muhammad Farhan pula berkongsi bahawa perniagaan di situ tidak sebaik acara trak makanan yang pernah mereka sertai sebelum ini.

A

Setakat ini, lapan peniaga sudah gulung tikar sejak dibuka Jumaat lalu (8 Sep).

Meskipun perniagaan agak suram, para peniaga lain rata-rata optimistik dan berharap keadaan akan bertambah baik pada dua hari terakhir bazar ini diadakan.

"Memang sejujurnya kita kekel di sini sebab kami percaya dengan penganjur mereka sudah buat sebaik mungkin untuk menjalankan acara ini dan ia unik sebab F1, jadi baguslah kita teguhkan semangat beramai-ramai untuk lanjutkan acara ini," kata Encik Muhammad Aidil Putra.

A

Lebih ramai pelancong dijangka tiba hujung minggu ini dengan perlumbaan F1 berlangsung pada Ahad malam(17 Sep).

Pada 2022, F1 Singapura berjaya menarik lebih 302,000 peminat perlumbaan itu dari seluruh dunia.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan