F1 Grand Prix SG 2026 dihadiri lebih 301,000 pengunjung, kedua tertinggi sejak 2008
- The 17th edition of the Singapore F1 Grand Prix at the Marina Bay Circuit drew 301,294 visitors, the second-highest record since 2008 after 302,000 people in 2022.
- Ticket holders began queueing as early as 1.30pm on Sunday (Oct 11), before the gates opened at 3pm and the race started at 8pm.
- Although the 24-hour PSI reached 147 and air quality was unhealthy, supporters from Indonesia still turned up feeling excited, though also slightly worried.
- Visitors enjoyed performances by artistes, festivals, entertainment zones, booths, racing simulators and the chance to see Formula 1 drivers, while the event proceeded in a lively atmosphere.
- Edisi ke-17 F1 Grand Prix Singapura di Litar Marina Bay menarik 301,294 pengunjung, menjadi rekod kedua tertinggi sejak 2008 selepas 302,000 orang pada 2022.
- Pemegang tiket mula beratur seawal 1.30 tengah hari pada Ahad, 11 Okt, sebelum pintu dibuka 3.00 petang dan perlumbaan bermula 8.00 malam.
- Walaupun PSI 24 Jam mencecah 147 dan mutu udara Tidak Sihat, penyokong dari Indonesia tetap hadir dengan rasa teruja serta sedikit bimbang.
- Pengunjung menikmati persembahan artis, festival, zon hiburan, reruai, simulator perlumbaan dan peluang melihat pemandu Formula 1 sementara acara berlangsung meriah.
SINGAPURA: Edisi ke-17 F1 Grand Prix Singapura berjaya menarik seramai 301,294 orang.
Jumlah itu merupakan rekod kehadiran kedua tertinggi bagi perlumbaan tersebut sejak 2008.
Rekod kehadiran tertinggi dicatatkan pada 2022 dengan 302,000 pengunjung.
SANGGUP BERATUR 7 JAM SEBELUM PERLUMBAAN BERMULA
Seawal jam 1.30 tengah hari lagi, para pemegang tiket Formula One sudah mula beratur untuk memasuki kawasan sekitar Litar Marina Bay pada Ahad (11 Okt).
Pintu masuk hanya dibuka jam 3.00 petang bagi pemegang tiket menikmati pelbagai kegiatan yang disediakan sebelum perlumbaan bermula pada jam 8.00 malam.
Ini meskipun mutu udara di kawasan tengah Singapura mencecah paras Tidak Sihat dengan bacaan PSI 24 Jam setinggi 147 pada pukul 6.00 petang tadi.
PENYOKONG LUAR NEGARA TETAP HADIR MESKIPUN DILANDA JEREBU
Antara pengunjung yang hadir ialah para penyokong dari Indonesia yang datang untuk merasakan sendiri suasana perlumbaan Formula 1 di Singapura.
"Memang sangat teruja dan berdebar juga. Bagi saya, ini juga satu cara untuk berehat. Kalau tertekan dengan kerja, saya boleh lari seketika dengan menonton perlumbaan," kata pengunjung dari Indonesia, Qanitah Rizqia.
"Tahun lalu langit lebih cerah dan jelas. Kali ini, jerebu agak memberi kesan dan saya sebenarnya sedikit bimbang tentang perlumbaan," kata beliau.
Seorang lagi peminat F1, Dina Meliana teruja dapat hadir buat kali pertama ke Singapura untuk menyaksikan perlumbaan itu.
"Mungkin semasa sesi kelayakan, jerebu agak mengganggu kerana jarak pandang kurang jelas tetapi memandangkan perlumbaan berlangsung pada waktu malam, saya harap keadaan itu tidak begitu terasa," kata Dina.
Begitu juga dengan pasangan Yumna Thalia dan Raja Aman yang pertama kali menghadiri perlumbaan Formula 1 di Singapura.
"Sebenarnya kami sempat khuatir dan hampir membatalkan rancangan selepas melihat berita tentang keadaan jerebu. Tetapi kami berharap keadaan ini cepat reda supaya acara dapat berjalan lancar," kata Yumna.
Menurutnya, walaupun asap masih belum hilang sepenuhnya, suasana di litar tetap meriah dan kebanyakan acara berjalan seperti biasa.
PELBAGAI TARIKAN MENANTI PENGUNJUNG
Sementara menunggu perlumbaan bermula, para pengunjung boleh menikmati persembahan artis jemputan serta mengunjungi pelbagai festival dan zon hiburan di sekitar kawasan litar Marina Bay.
Pelbagai reruai turut disediakan, termasuk yang menjual makanan dan minuman, pakaian, aksesori dan barangan cenderamata daripada pasukan serta jenama berkaitan Formula 1.
Para peminat juga berpeluang mencuba simulator perlumbaan dan merasai pengalaman memandu di litar menerusi aktiviti interaktif yang disediakan.
Ada juga yang berkumpul di sekitar laluan tertentu dengan harapan dapat melihat lebih dekat atau merakam gambar pemandu-pemandu Formula 1 dan juara dunia yang hadir ke acara tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.