Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

EZ-Link keluarkan kad edisi terhad sempena Hari Kebangsaan 2022

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekiranya anda memerlukan kad EZ-Link baru, kini mungkin masa yang sesuai untuk mendapatkannya. Bagi mereka yang ingin menambah lebih banyak koleksi pula, sudah tiba masanya.

Dalam kenyataan media pada Khamis (23 Jun), syarikat pembayaran tanpa sentuhan EZ-Link mengumumkan kerjasama dengan artis-artis tempatan Kelly Ser dan Lee Kow Fong sempena meraikan Hari Kebangsaan Singapura yang ke-57.

Berpegang kepada tema Hari Kebangsaan tahun ini, "Lebih Kukuh Bersama, Majulah!", EZ-Link memanfaatkan artis-artis itu di mana karya-karya mereka menonjolkan unsur-unsur sejarah dan kebudayaan dari Singapura.

Karya-karya Cik Ser dari siri 'Not Just A Little Red Dot' ciptaannya akan dipaparkan pada satu set kad EZ-Link, termasuk kawasan kejiranan bersejarah seperti Chinatown dan Joo Chiat serta mercu tanda Merlion yang ikonik.

Sementara itu, kad-kad yang memaparkan hasil seni Encik Lee pula akan menampilkan karya daripada siri Pusat Penjaja ciptaannya. Siri itu menggambarkan seorang kanak-kanak yang pergi ke gerai penjaja berbeza-beza untuk membeli hidangan daripada pelbagai budaya, termasuk popiah, roti prata dan nasi lemak.

Ini adalah kerjasama ketiga antara Lee dengan EZ-Link. Beliau sebelum ini pernah bekerjasama dengan syarikat itu untuk Hari Kebangsaan 2021 dan Tahun Baru Cina 2022.

Kad-kad EZ-Link edisi terhad itu akan disediakan secara eksklusif di kedai Shopee EZ-Link pada harga S$10 setiap satu, tanpa sebarang nilai.

Kad memaparkan karya seni Cik Ser akan disediakan mulai 25 Jun manakala kad yang menampilkan hasil seni Encik Lee pula mula dijual mulai 4 Julai.
Sumber : CNA/KF/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan