Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Export SG turun 14.6% pada Nov; kuncup buat bulan kedua berturut-turut

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Eksport utama Singapura susut buat dua bulan berturut-turut selepas tumbuh selama hampir dua tahun.  

Export bukan minyak dalam negeri (NODX) Singapura turun 14.6 peratus pada November berbanding setahun lalu.

Menurut data yang dikeluarkan Enterprise Singapore (ESG) pada Jumaat (16 Dis), kedua-dua eksport elektronik dan bukan elektronik mengalami kejatuhan.

Berbanding tempoh yang sama tahun lalu, eksport elektronik menguncup 20.2 peratus pada November, menyusuli kemerosotan 9.3 peratus pada bulan sebelumnya. 

Litar bersepadu, produk media cakera dan bahagian komputer peribadi masing-masing turun 23.8 peratus, 59.8 peratus dan 27.5 peratus, menyumbang paling banyak dalam kemerosotan eksport elektrik. 

Eksport bukan elektrik susut 12.8 peratus pada November berbanding tempoh yang sama tahun lalu, susuli kemerosotan 5.1 peratus pada Oktober. 

Eksport bahan kimia utama dan farmaseutikal serta emas bukan kewangan, paling banyak menyumbang kepada kemerosotan eksport bukan elektronik. 

Berdasarkan penyesuaian musiman, tahap NODX mencecah S$14.3 bilion pada November 2022. Ia lebih rendah berbanding S$15.8 bilion pada Oktober dan tempoh yang sama tahun lalu. 

Eksport ke 10 pasaran utama secara keseluruhannya merosot pada November, terutama sekali ke Hong Kong, China dan Malaysia. 

Eksport ke Hong Kong merosot 41 peratus pada November, selepas turun 9.1 peratus pada Oktober. Ia disebabkan NODX lebih rendah produk litar bersepadu, peralatan khas dan media cakera. 

NODX ke China  kedua paling teruk terjejas, dengan eksport merosot 31.2 peratus berbanding 34.4 peratus pada bulan sebelumnya, disebabkan kejatuhan eksport bahan kimia utama, peralatan khas dan petrokimia. 

Eksport ke Malaysia merosot 12.9 peratus, setelah turun 16.1 peratus pada Oktober disebabkan eksport bahan kimia utama, emas bukan kewangan dan petrokimia. 

Namun, eksport ke 27 negara Kesatuan Eropah (EU), Jepun dan Amerika Syarikat masing-masing naik sebanyak 7.3 peratus, 6.6 peratus dan 0.5 peratus pada November. 

Dari tahun ke tahun, kadar keseluruhan dagangan merosot 2.2 peratus pada November, susuli pertumbuhan 8.4 peratus pada bulan sebelumnya. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan