ETF diurus secara aktif bakal dilancar; pertama seumpamanya di Singapura
Para pelabur di Singapura boleh jangkakan peluang pelaburan yang lebih dinamik di Bursa Singapura.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para pelabur di Singapura boleh jangkakan peluang pelaburan yang lebih dinamik di Bursa Singapura.
Ini menyusuli pelancaran dana dagangan bursa yang diuruskan secara aktif atau ETF yang pertama di negara ini.
Pelabur tempatan mempunyai pilihan tambahan, selain ETF pasif yang kini tersenarai di pasaran.
ETF aktif 'Lion-Momura Japan' akan beri tumpuan kepada 50 hingga 100 syarikat Jepun berpotensi tinggi.
"ETF yang diuruskan secara aktif ini beri para pelabur akses kepada strategi pelaburan yang diuruskan secara dinamik dan inovatif melalui para broker, dan ini bererti penyesuaian dan fleksibiliti lebih baik untuk bertindak balas dan mengikut arah trend dan tema-tema pasaran yang berubah-ubah, dengan cara yang sangat mudah melalui perantara broker," kata Ketua Perdagangan Sekuriti di SGX Group, Serene Cai.
Langkah memperkenalkan ETF aktif itu dilakukan sedang permintaan pelaburan ETF semakin berkembang sejak 2019.
Bursa Singapura menyatakan dengan tersenarainya ETF aktif, ia akan membolehkan para pelabur memanfaatkan potensi persekitaran ETF yang semakin meningkat.

Sumber : CNA/AT/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.