ETF Bitcoin tidak diluluskan bagi pelabur runcit di SG: MAS
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Dana dagangan bursa (ETF) spot Bitcoin tidak diluluskan untuk ditawarkan kepada pelabur runcit di Singapura.
Demikian menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS), seminggu selepas Amerika Syarikat meluluskan produk tersebut.
Mereka yang memilih untuk berurusan menggunakan produk itu di pasaran luar negara harus berhati-hati, tambah MAS sebagai menjawab soalan Mediacorp pada Selasa (16 Jan).
Pada 10 Januari, Suruhanjaya Keselamatan dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) meluluskan ETF pertama disenaraikan di bursa Amerika untuk menjejaki Bitcoin, yang menawarkan pelabur institusi dan runcit pendedahan kepada mata wang kripto terbesar dunia tanpa memilikinya secara langsung.
Pada hari pertama dagangannya, ETF Bitcoin menyaksikan saham bernilai AS$4.6 bilion (S$6.19 bilion) bertukar tangan, menurtu data LSEG.
Bagaimanapun, pengerusi SEC Gary Gensler berkata kelulusan terhadap ETF Bitcoin itu bukan satu pengesahan, yang beliau sifatkan sebagai "aset spekulatif dan tidak menentu".
ETF, yang merupakan sebahagian daripada skim pelaburan kolektif (CIS), boleh diakses oleh pelabur runcit di Singapura, dan dikawal selia di bawah Akta Keselamatan dan Niaga hadapan Saham, dedah MAS.
Pelabur juga berdepan dengan batasan terhadap jenis aset yang boleh mereka labur. MAS belum meluluskan Bitcoin dan token pembayaran digital (DPT) lain sebagai aset yang layak bagi runcit CIS.
AMBIL LANGKAH "BERHATI-HATI"
MAS mengulangi lagi pendiriannya bahawa perdagangan dalam mata wang kripto sangat tidak menentu dan spekulatif, dan menganggap perdagangan sedemikian tidak sesuai bagi pelabur runcit.
Pada November lalu, MAS mengumumkan ia akan mengenalkan langkah-langkah untuk mengetatkan peraturan kripto bagi pelanggan runcit di Singapore pada pertengahan 2024.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.