Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Estet Tengah kian pesat membangun, boleh jadi 'lebih rancak berbanding Punggol': PM Wong

Menurut Perdana Menteri Lawrence Wong, keadaan sedang rancak membangun di estet Tengah.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 22 Mar 2025 09:52PM Dikemas Kini : 23 Mar 2025 09:45PM
SINGAPURA: Menurut Perdana Menteri Lawrence Wong, keadaan sedang rancak membangun di estet Tengah.

Beliau turut berkata bahawa estet Tengah akan menjadi bandar yang rancak atau lebih rancak lagi berbanding estet Punggol sekarang.

Tengah, yang merupakan estet terbaharu Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dibina dalam tempoh lebih dua dekad, terus menyaksikan kemudahan-kemudahan baharu.

Ini termasuk hospital, sekolah dan rumah-rumah ibadah.

Pada Sabtu (22 Mac), sebuah kelab masyarakat baharu dirasmikan di Tengah. Ia dijangka menganjurkan pelbagai kegiatan bagi penduduk pelbagai lapisan usia.

PM Wong yang merasmikan kemudahan tersebut berkata, bukan setakat bangunan dan kemudahan, estet Tengah akan lebih istimewa lagi ekoran ikatan yang akan dibina para penduduknya.

"Jadi saya mahu menggalak anda semua supaya terus mengukuhkan ikatan kemasyarakatan.

"Ambil bahagian dalam kegiatan, kenali jiran-jiran anda, tampil untuk berkhidmat kepada masyarakat dalam cara-cara berbeza," kata beliau.

Menurut beliau, dengan melakukan sedemikian, masyarakat akan dapat membina ikatan istimewa dengan estet mereka, yang boleh membina semangat identiti dan rasa bangga dalam kalangan penduduk Tengah.

Sementara itu, Menteri Negara Kanan Pengangkutan, Dr Amy Khor, yang juga merupakan Anggota Parlimen Hong Kah North pula berkata bahawa beliau ada menerima permintaan-permintaan lain seperti keterhubungan pengangkutan untuk ke bahagian lain estet tersebut.

Menurut Dr Khor, perkhidmatan bas mungkin akan sedikit lambat buat masa ini kerana perjalanan yang panjang untuk penduduk ke stesen MRT terdekat.

"Jadi, mereka sering memberi saya maklum balas sebegini, dan saya sedang bekerjasama sangat rapat dengan LTA untuk melihat bagaimana kami boleh meningkatkan lagi perkhidmatan," kata beliau.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan