Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Estet perumahan tingkatkan usaha jaga ketenteraman awam sempena sambutan tahun baru

Anggaran Waktu Membaca:
Estet perumahan tingkatkan usaha jaga ketenteraman awam sempena sambutan tahun baru

Pinnacle@Duxton. (Gambar: Google Street View)

SINGAPURA: Dari meningkatkan rondaan kepada kempen pendidikan awam.

Beberapa estet perumahan mengambil langkah untuk mengawal lonjakan pengunjung di taman-taman atas bumbung mereka, sempena sambutan tahun baru.

Usaha tersebut dilaksanakan selepas ramai penduduk menggesa agar tindakan diambil tentang bunyi bising dan masalah sampah berselerakan di kemudahan awam sedemikian.

Dengan pemandangan seluas mata memandang, tidak hairan 'sky terrace' Dawson itu begitu popular sebagai tempat berkumpul, terutama ketika menyambut perayaan.

Namun ramai penduduknya terkilan dengan keadaan selepas para pengunjung bersurai.

Bagi mengelakkan berulangnya kejadian sebegini, sekitar 40 sukarelawan akan bertugas bagi mengawal lonjakan pengunjung yang dijangka pada Malam Tahun Baru nanti.

Kamera CCTV juga sudah dipasang bagi meningkatkan keselamatan kawasan terbabit, serta papan-papan tanda sebagai peringatan tentang batas waktu kunjungan.

Di satu lagi tempat yang turut popular, Pinnacle@Duxton, para pengunjung perlu membayar S$6 untuk naik ke kawasan tamannya yang terletak di tingkat 50.

Orang ramai juga dijangka berkumpul di St George's Tower, yang turut menawarkan pemandangan cantik.

Majlis Bandaran Jalan Besar yang menguruskannya, telah meletakkan notis bagi mengingatkan para pengunjung untuk bertimbang rasa, terutama pada waktu malam.

Pihak Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) sedang mengkaji reka bentuk baru bagi taman-taman yang akan dibina pada masa depan, bagi mengurangkan tercetusnya perselisihan.

Ia selain memastikan kawasan sedemikian kekal terbuka dan inklusif.
Sumber : CNA/IQ/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan