Estet Marymount tingkatkan usaha jadi masyarakat lebih inklusif, mesra alam
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/ Edwin Tong)
SINGAPURA: Estet Marymount sedang meningkatkan usaha untuk menjadi sebuah masyarakat lebih inklusif dan mesra alam.
Program sokongan sosial dan kemampanan estet itu menjadi tumpuan utama semasa satu lawatan menteri siang tadi.
Menyuntik kesegaran di kawasan-kawasan lama estet Marymount.
Itulah yang dilakukan lebih 200 peserta termasuk pelajar dan keluarga, malah juga Menteri Kemasyarakatan, Kebudayaan dan Belia Edwin Tong.
Lebih banyak kegiatan juga diadakan untuk menggalak penuaan aktif bagi penduduk warga emas.
Bagi Marymount, antara keutamaannya termasuklah memberi sokongan kepada golongan memerlukan.
Ini termasuk menjalankan sesi agihan makanan bulanan kepada antara 100 hingga 120 keluarga kurang nasib baik.
Sementara itu, dalam usaha menjadikan estet itu lebih menghijau, benih-benih baru ditanam.
Sekitar 200 pokok sudahpun ditanam di Marymount sejak setahun lalu sebagai sebahagian usaha negara untuk menanam sejuta pokok menjelang 2030.
Estet Marymount juga akan mendedahkan lebih banyak inisiatif kitar semula pada bulan-bulan mendatang.
Sejak 2021, ia mengumpulkan lebih 46,000 kilogram kertas bagi usaha kitar semula.

Sumber : CNA/RU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.