Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Esplanade rancang lebih banyak kedai, cawangan makanan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Esplanade sedang membuat persediaan bagi fasa pembangunan seterusnya, dengan rancangan untuk menyediakkan lebih banyak kedai, cawangan makanan dan minuman dan perkhidmatan.

Pusat seni persembahan itu yang menyambut ulang tahun ke-20 pada tahun ini, berharap dapat mengembangkan penawaran runcit selain kesenian serta memperkenalkan jenama-jenama unik yang mempunyai pengikutnya tersendiri.

Ia juga mempunyai lebih banyak rancangan untuk kawasan pesisiran, kata Cik Rachelle Tan, Pengarah Tempat dan Perancangan Esplanade Co, yang mengendalikan Esplanade - Theatres on the Bay.

Sebelum pandemik Covid-19 melanda, kompleks persembahan seni itu menjalankan sekitar 3,500 kegiatan dalam setahun, dan menarik lebih daripada dua juta pengunjung.


SENI UNTUK SEMUA

Untuk menandakan dua dekad penubuhan The Esplanade, satu siri pameran, lawatan dan instalasi dianjurakan.

Ia termasuk pertunjukan pancaran cahaya “Dancing with Light”, di mana dinding-dinding Esplanade Courtyard dihiasi cahaya dan pelbagai elemen persembahan.

Satu 'Lawatan Taman' baru akan membenarkan pengunjung untuk mengalami kawasan perairan dan taman-taman dengan perspektif baru.

Esplanade sudah melalui perjalanan yang panjang dalam menjadikan seni lebih mudah diakses serta merubah tanggapan mengenai seni, kata Ketua Pegawai Eksekutif Yvonne Tham kepada Mediacorp.

"Ia adalah teras usaha kami, supaya ia menjadi pusat seni bagi semua orang. Inilah sebab kami ditubuhkan," katanya.

Pada masa akan datang, Esplanade akan cuba mendalami usahanya mendekati masyarakat yang berkelainan upaya, supaya ia menjadi tempat yang "lebih inklusif kepada orang yang mempunyai pelbagai keupayaan," tambahnya.
 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan