Esplanade Mall 'destinasi gaya hidup baru' perhebat usaha pikat golongan muda, keluarga
SINGAPURA: Menjadikan Esplanade Mall lebih menarik untuk golongan muda dan keluarga.
Inilah matlamat pihak pengurusannya sedang ia berusaha meningkatkannya menjadi sebuah pusat destinasi gaya hidup yang baru.
Ini termasuk menawarkan produk lebih luas selain yang berkaitan dengan seni, serta jenama-jenama unik yang sudahpun mempunyai pengikut tersendiri.
Turut dipertimbangkan, meningkatkan lagi daya tarikan kawasan tepi lautnya.
Antara gagasan baru bagi peluasannya adalah menyediakan lebih banyak ruang runcit dan F&B, serta pelbagai khidmat.
Namun peranan asal pusat tersebut, iaitu untuk menyokong kesenian, khususnya jenama tempatan, tidak akan diketepikan.
Sebelum pandemik melanda, pihak Esplanade menganjurkan sekitar 3,500 kegiatan seni setahun, dan berjaya menarik lebih dua juta pengunjung.
Ia kini sedang berusaha gigih untuk menganjurkan lebih banyak acara bagi menarik minat lebih ramai pengunjung.
Apabila segala perancangan bagi perluasannya selesai nanti, Esplanade Mall ingin dikenali lebih dari sekadar sebuah tempat untuk seni sahaja.
"Bagi fasa pembangunan seterusnya, kami sedang meninjau kemungkinan menyediakan lebih banyak ruang komersil, terutama yang dapat memanfaatkan kawasan persiaran di tepi laut. Juga yang dapat menjadi penghubung yang lebih baik antara bangunan utama dengan bangunan teater SingTel, serta turut bersambung ke kawasan Marina Bay yang lebih luas, dan pusat sivik di tengah bandar," kata Pengarah Tempat & Perancangan The Esplanade Rachelle Tan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.