Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ESM Goh 'kecewa' selepas ucapan Hari Raya di Facebook 'disalah tafsir'

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menteri Kanan Emeritus (ESM) Goh Chok Tong pada Selasa (3 Mei) berkata beliau 'kecewa' kerana catatan beliau di Facebook "disalah tafsir" beberapa individu sebagai menggambarkan orang Melayu/Islam sebagai orang-orangan (scarecrow).

Encik Goh berkata demikian selepas ucapan Hari Raya yang beliau memuat naik di Facebook menerima kritikan warga net.

Catatan tersebut yang dimuat naik pada 7.50 malam pada Isnin (1 Mei) menunjukkan beliau bersama isteri bergambar dengan orang-orangan berpakaian kurung tradisional orang Melayu dengan ucapan "Selamat Hari Raya Puasa kepada semua rakan Muslim kami".

Catatan itu mendapat lebih 400 komen dan dikongsi lebih 600 kali. Ramai pengguna Facebook menyifatkannya sebagai "tidak peka", "kurang disenangi" dan "tidak sesuai". Ada beberapa pengguna juga menuduh mantan Perdana Menteri itu menggambarkan orang Islam sebagai orang-orangan.

Sehari selepas catatan tersebut, Encik Goh memuat naik catatan kedua di Facebook mengatakan: "Tidak pernah terlintas pun dalam fikiran saya. Saya sudah menghabiskan kehidupan politik saya dengan berusaha membangunkan sebuah masyarakat yang harmoni dan berbilang kaum.

"Kejadian ini mengingatkan kita bahawa usaha mengukuhkan masyarakat berbilang masih lagi berterusan. Kita semua harus memainkan peranan. Menakutkan, bukan?"

Catatan kedua Encik Goh diiringi dengan gambar beliau bersama orang-orangan yang sama yang dipetik pada Januari namun dengan pakaian berbeza.

Encik Goh menambah bahawa beliau ternampak orang-orangan itu di Hort Park pada Isnin dan "terpegun dengan pakaian yang sudah digantikan".

"Saya kecewa kerana ada yang menyalah tafsirkan catatan itu sebagai menggambarkan orang Melayu/Islam sebagai orang-orangan," catat beliau.

Sumber : Today/FA/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan